Utama Android vivo vivo Y76 5G dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada harga RM1,299

vivo Y76 5G dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada harga RM1,299

Telefon 5G baharu berasaskan cipset MediaTek ini kini boleh dipra-tempah di pasaran Malaysia

77
0

Telefon 5G sudah mula memasuki ke pasaran Malaysia sejak dari 2019 lagi. Dijangkakan semakin banyak telefon dengan keupayaan rangkaian generasi berikutnya ini hadir menjelang pelancaran liputan rangkaian 5G pertama di Malaysia di sekitar Lembah Klang bulan hadapan.

Antara telefon pintar 5G baharu yang dilancarkan, Vivo Y76 5G kini mula sedia untuk dipra-tempah sekarang di Malaysia. Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 700, telefon ini hadir dengan paparan LCD Full HD+ 6.58-inci dengan RAM 8GB, dan storan dalaman 128GB.

Telefon pintar Vivo baharu ini juga menyokong fungsi RAM Maya yang dinamakan sebagai Extended RAM. Fungsi ini membolehkan telefon ini mendapat RAM tambahan sehingga 4GB dari storan dalamannya.

Pada bahagian belakangnya, terdapat kamera utama 50MP bersama-sama kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP. Untuk kamera hadapannya, sebuah kamera bersensor 16MP disediakan pada bahagian takuk sebelah atas paparannya.

Tidak ketinggalan, telefon Vivo 5G baharu ini juga dilengkapkan dengan bateri 4,100mAh. Ia mampu dicaskan sehingga 70% dari kapasiti dalam tempoh 32 minit pengecasan melalui pengecas FlashCharge 44W yang disertakan bersama-sama pembeliannya.

Pada harga RM1,299, Vivo Y76 5G kini boleh di pra-tempah sehingga 26 November melalui vivo Malaysia E-Store dan kedai dalam talian Vivo di Lazada dan Shopee. Anda juga boleh membuat pra-tempahan menerusi kedai-kedai fizikal di seluruh negara.

Buat anda yang membuat pra-tempahan bagi Vivo Y76 5G ini, anda akan menerima rebat segera RM50, Skin Pack Mobile Legends, dan kotak hadiah Vanzo Fragrance. Selain itu, pelanggan yang melakukan pra-tempahan juga akan diberikan pelindung skrin bersama-sama waranti tambahan selama setahun dan perlindungan skrin retak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.