Utama Android vivo Vivo Y35; Telefon Pintar menengah dengan Snapdragon 680, RAM 8GB kini di...

Vivo Y35; Telefon Pintar menengah dengan Snapdragon 680, RAM 8GB kini di Malaysia pada harga RM1,099

899
0
Vivo Y35 Iman Troye Duta Vivo

Vivo memperkenalkan telefon pintar peringkat menengah baharunya di pasaran Malaysia, Vivo Y35. Telefon pintar ini didatangkan dengan rekaan yang mengancam, namun masih mengekalkan ciri ketahanan dan mesra penggunanya.

Harga Vivo Y35 di Malaysia

Vivo Y35 berharga RM1,099 di Malaysia dan kini boleh dipra-tempah sehingga 16 Ogos ini menerusi Vivo eStore, serta kedai rasminya di Shopee dan Lazada. Anda yang membuat pra-tempahan dari sekarang akan menerima cenderahati percuma bernilai sehingga RM547.

Ia merangkumi satu tahun waranti lanjutan, perlindungan skrin retak, beg sukan Vivo dan juga baucar khas Vivo. Bagi anda yang membuat pra-tempahan melalui Shopee, anda juga layak menerim headset Aukey secara percuma.

Spesifikasi Vivo Y35

Paparan  LCD FHD+ 6.58-inci, 90Hz, 550 nits
Cipset Qualcomm Snapdragon 680 4G (6 nm)
Memori/Storan RAM 8GB, Storan 256GB
Bateri
  • 5,000mAh
  • Sokongan pengecasan pantas 44W FlashCharge
Kamera Kamera utama:

  • 50 MP, f/1.8
  • 2 MP, f/2.4 makro
  • 2 MP, f/2.4 berkedalaman

Kamera hadapan:

  • 16 MP, f/2.0
Ketersambungan Wi-Fi 2.4GHz / 5GHz
Bluetooth 5.0
Type C USB 3.0
GPS/GLONASS/GALILEO/BDS/QZSS
Ukuran 164.3 × 76.1 × 8.28 mm
Berat 188g
Warna Agate Black, Dawn Gold

Telefon pintar berukuran 8.28mm tebal dan diperbuat daripada plastik 2.5D. Ia menyediakan paparan LCD FHD+ 6.58-inci yang menyokong penyegaran semula paparan 90Hz dengan kecerahan maksimum 550 nits. Vivo Y35 ini juga mempunyai ciri kerintangan air dan debu IP54.

Di dalamnya, terdapat cipset Qualcomm Snapdragon 680 yang menguasakannya bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga menawarkan sokongan RAM secara maya melalui Extended RAM 3.0 sehingga 8GB. Turut disediakan slot kad mikroSD untuk perluasan ruangan storan tambahan khusus untuk telefon pintar dengan antaramuka Funtouch OS 12 yang berasaskan Android 12.Vivo Y35 Malaysia Harga

Untuk kameranya, Vivo Y35 tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.8, kamera 2MP f/2.4 untuk makro dan kamera 2MP f/2.4 untuk sensor berkedalaman. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP f/2.0 yang boleh digunakan untuk selfie.Vivo Y35 Camera

Lain-lain ciri yang dimuatkan ke dalamnya termasuklah bateri berkapasiti 5,000mAh yang mampu bertahan penggunaan penstriman video sehingga 14 jam. Ia juga menyokong FlashCharge 44W bagi pengecasan secara berwayar yang dikatakan mampu memenuhkan kapasiti sehingga 70% dalam tempoh 34 minit.Vivo Y35 Bateri

Menurut Vivo, telefon pintar ini menawarkan kualiti Hi-Res yang imersif melalui penggalak (booster) audio yang dikemaskini. Vivo Y35 yang hadir dengan pilihan warna Dawn Gold dan Agate Black ini juga menyokong ketersambungan Bluetooth 5.0 dan WiFi 5.Vivo Y35 Color Options

Vivo Y35 dilihat setara dengan telefon pintar Redmi Note 11 yang dilancarkan pada awal tahun ini. Telefon pintar dari Redmi berkenaan juga menggunakan Snapdragon 680, cuma pilihan konfigurasi RAM dan storannya sahaja yang masing-masing hanya sehingga 6GB dan 128GB sahaja.

Tinggalkan komentar