Vivo telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar siri Y terbarunya ke pasaran Malaysia, vivo Y33T. Telefon pintar ini hadir tidak sampai seminggu selepas pelancaran vivo Y21T. Model ini menampilkan ciri yang hampir sama dari segi rekaan dan spesifikasinya, namun dibezakan pada paparan dan piksel yang lebih besar.
Sama seperti Y21T, Y33T menampilkan rekaan bucu rata tipis dan paparan bertakuk. Bezanya, telefon baharu ini menampilkan skrin LCD IPS 6.58-inci dengan resolusi 1080 x 2408 dan nisbah aspek 20:9.
Turut disertakan sokongan pengimbas cap jari pada sebelah sisi, Bluetooth 5.0 dan antaramuka Vivo Funtouch OS 12 yang berasaskan Android 11. Telefon ini bagaimanapun tidak menyediakan sokongan rangkaian 5G dan hanya menawarkan sokongan 4G LTE.
Telefon ini juga menggunakan cipset Snapdragon 680 dengan GPU Adreno 610, sama seperti Y21T. Vivo Y33T juga menawarkan RAM 8GB, dan storan 128GB yang boleh diperluaskan melalui slot kad mikroSD.
Melalui baterinya yang berkapasiti 5,000mAh, telefon ini boleh dicaskan menerusi kabel USB-C pada kadar sehingga 18W. Menariknya, telefon ini juga menyediakan sokongan pengecasan berbalik.
Untuk fotogtafinya pula, Vivo Y33T memuatkan tri-kamera pada bahagian belakangnya iaitu kamera utama 50MP f/1.8, kamera berkedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Pada sebelah hadapannya pula sebuah kamera 16MP ditempatkan pada bahagian takuk paparannya.
vivo Y33T kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM999 dan anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi kedai konsep rasmi Vivo, vivo E-store, wakil jualan yang sah di seluruh negara, serta di dalam talian menerusi Shopee dan Lazada.
Spesifikasi vivo Y33T
Perkakasan vivo Y33T |
|
|---|---|
| Pemprosesan | Octa-core (4×2.4 GHz Kryo 265 Gold & 4×1.9 GHz Kryo 265 Silver) |
| Cipset | Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G (6 nm) |
| GPU | Adreno 610 |
| RAM & Storan | 128GB 8GB RAM |
| Storan luaran | slot khusus mikroSDXC |
| OS | Android 11, Funtouch 12 |
| Bateri | Li-Po 5000 mAh, tidak boleh ditanggalkan Pengecasan pantas 18WPengecasan berbalik |
Skrin vivo Y33T |
|
| Saiz paparan | 6.58 inci, 104.3 cm2 (nisbah skrin-ke-kerangka ~83.4%) 1080 x 2408 piksel, nisbah 20:9 (ketumpatan ppi ~401) |
| Jenis paparan | IPS LCD |
Badan vivo Y33T |
|
| Ukuran | 164.3 x 76.1 x 8 mm |
| Berat | 182 g (6.42 oz) |
| Jenis bahan badan | Depan kaca, kerangka plastik, permukaan belakang plastik |
| Warna | Mirror Black, Midday Dream |
Ketersambungan vivo Y33T |
|
| SIM | Dwi-SIM (Nano-SIM, dwi-sedia) |
| Kelajuan data | HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE |
| Wifi | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dwi-jalur, Wi-Fi Direct, hotspot |
| Bluetooth | 5.0, A2DP, LE |
| NFC | Tiada |
| USB | USB Type-C 2.0, USB On-The-Go |
Sensor vivo Y33T |
|
| Sensor | Pengimbas cap jari (sebelah sisi), accelerometer, proksimiti, kompas |
| GPS | Ada, dengan A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS, QZSS |
| Radio | FM radio |
Kmera & Video vivo Y33T |
|
| Kamera belakang | Tiga: 50 MP, f/1.8, (lebar), PDAF + 2 MP, f/2.4, (makro) + 2 MP, f/2.4, (berkedalaman) |
| Kamera depan | 16 MP, f/2.0, (lebar) |
| Video | 1080p@30fps Depan: 1080p@30fps |
| Ciri-ciri lain | Cahaya flash LED Swafoto: HDR |
Audio vivo Y33T |
|
| Pembesar suara lantang | Ada |
| Bicu Audio | Ada |
| Radio | FM radio |
Harga vivo Y33T di Malaysia |
|
| Harga | RM999 |












