vivo membawakan sebuah lagi telefon pintar peringkat pemula ke pasaran tempatan melalui vivo Y16. Telefon pintar ini pertama kali diumumkan pada bulan lepas dan ia merupakan rentetan dari Y15 yang dilancarkan dua tahun lalu dengan menampilkan paparan yang lebih besar dan cipset yang dipertingkatkan sungguhpun baterinya masih lagi kapasiti.
Telefon pintar ini menampilkan paparan LCD 720p 6.51-inci dengan kerangka plastik dan kemasan berkilat. Menurut vivo, bahagian belakang telefon pintar mempunyai ciri kalis cap jari dan calar. Namun tidak mempunyai ciri kerintangan air dan debu.
vivo Y16 menggunakan MediaTek Helio P35 bersama-sama RAM 4GB dengan pilihan storan dalaman sehingga 12GB. Telefon pintar ini juga menyediakan ciri sokongan RAM maya.
Untuk fotografi, telefon pintar ini menampilkan tetapan dwi-kamera pada belakangnya melalui satu kamera utama 13MP dan satu kamera makro 2MP. Sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 5MP.
Turut disediakan sebuah pengimbas cap jari pada sebelah sisinya dengan ciri ketersambungannya pula menyediakan sokongan bagi Bluetooth 5.0, rangkaian 4G, dan Wi-Fi dwi-jalur.
Telefon pintar mesra bajet ini menyediakan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menurut vivio mampu bertahan sehingga sehari suntuk dan boleh memainkan video secara striming sehingga 18 jam. Untuk pengecasannya, telefon pintar ini menyokong pengecasan sehingga 10W.
Harga vivo Y16 di Malaysia
Boleh didapati dengan pilihan warna hitam dan emas, vivo Y16 dengan RAM 4GB dan storan 64GB berharga RM599. Manakala bagi varian 4GB + 128GB pula harganya adalah RM699. Anda boleh mendapatkannya menerusi kedai dalam talian rasmi vivo, Shopee dan juga Lazada.
- vivo Y16 (RAM 4GB + storan 64GB) – RM599
- vivo Y16 (RAM 4GB + storan 128GB) – RM699
Spesifikasi vivo Y16
| Tarikh diumumkan | Sep-22 |
| Prestasi | |
| Pemprosesan | Lapan teras (4×2.3 GHz Cortex-A53 & 4×1.8 GHz Cortex-A53) |
| Cipset | Mediatek MT6765 Helio P35 (12nm) |
| GPU | PowerVR GE8320 |
| RAM & Storan | 128GB, 4GB RAM |
| Storan luaran | microSDXC (khusus) |
| OS | Android 12, Funtouch 12 |
| Bateri | Li-Po 5000 mAh, tidak boleh ditanggalkan |
| Skrin | |
| Saiz paparan | 6.51 inchi, 102.3 cm2 (~82.5% nisbah skrin ke paparan) |
| 720 x 1600 pixels, 20:9 ratio (ketumpatan ~270 ppi) | |
| Jenis paparan | IPS LCD |
| Badan | |
| Ukuran | 164 x 75.6 x 8.2 mm |
| Berat | 184 g (6.49 oz) |
| Jenis badan | Kaca pada sebelah depan, kerangka plastik, plastic pada bahagian belakang. Tahan percikan air. |
| Warna | Drizzling Gold, Stellar Black |
| Ketersambungan | |
| SIM | Dwi SIM (Nano-SIM, dwi-bersedia) |
| Kelajuan data | HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE |
| Wi-fi | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dwi-jalur, hotspot |
| Bluetooth | 5.0, A2DP, LE |
| NFC | Tiada |
| USB | USB Type-C, USB On-The-Go |
| Penderia | |
| Sensor | Cap jari (bahagian sisi), accelerometer, proksimiti, kompas |
| GPS | Ada, dengan A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS |
| Radio | FM radio |
| Kamera dan Video | |
| Kamera belakang | Dwi: 13 MP, f/2.2, (lebar), PDAF + |
| 2 MP, f/2.4, (makro) | |
| Kamera depan | 5 MP, f/2.2, (wide) |
| Video | 1080p@30fps |
| Boleh swafoto | |
| Ciri | Lampu flash LED |
| Audio | |
| Pembesar suara | Ada |
| Bicu audio | Ada |












