vivo telah melancarkan telefon pintar harga bajet keluarannya yang terkini vivo Y01A di Thailand. Telefon pintar dari varian vivo Y01 ini menampilkan skrin LCD IPS beresolusi 720 x 1600 piksel dan nisbah aspek 20:9.
Di dalamnya pula terdapat pemprosesan MediaTek Helio P35 bersama-sama RAM 2GB dan storan 32GB. Telefon pintar berharga bajet ini juga menyediakan slot kad mikroSD yang boleh digunakan bagi tujuan ruangan storan tambahan.
vivo Y01A memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui port pengecasan mikro-USB. Untuk fotografi, telefon pintar vivo ini mempunyai satu kamera 8MP pada bahagian belakang dan satu kamera 5MP pada bahagian hadapan.
Lain-lain ciri yang ditawarkan olehnya termasuklah sokongan dwi-kad SIM, Bluetooth 5.0, Android 11 (Go Edition) melalui FunTouch OS 11.1, bicu audio 3.5mm dan 4G LTE.
Boleh didapati dengan pilihan warna Sapphire Blue dan Elegant Black, vivo Y01A berharga THB3999 (~RM514). Setakat ini tidak dapat diketahui bilakah model telefon pintar vivo berharga bajet ini akan memasuki pasaran lain termasuk Malaysia.