Piala Dunia FIFA 2022 akan berlangsung dalam tempoh kurang dari dua bulan sahaja lagi dengan Qatar selaku tuan rumah kejohanan bola sepak paling berprestij ini. Untuk dua kali Piala Dunia berturut-turut, FIFA menjalinkan kerjasama dengan vivo selaku rakan telefon pintar rasmi sepanjang kejohanan.
Kerjasama ini ini diumumkan menerusi acara pelancaran vivo X Fold+ semalam yang kebetulan sama tarikh dengan ulangtahun ke-118 FIFA.
Logo vivo akan ditempatkan di lokasi-lokasi pengiklanan utama seperti di panel berhampiran garisan keluar tepi padang, hiasan latar pada papan ketika temubual dan juga lain-lain representasi visual.
Sebagai balasan, vivo akan menyediakan telefon pintar mercu “peneraju-industri” untuk kegunaan dan kemudahan kakitangan Piala Dunia FIFA sepanjang menguruskan kejohanan ini.
Kerjasama sama ini juga membuka ruang untuk vivo memperluaskan pengiktirafan jenamanya di peringkat global. Sejak 2014, vivo telah memperluaskan pasarannya ke lebih 60 buah negara dan rantau.
Melalui penglibatannya di Piala Dunia FIFA 2022 Qatar ini, dijangkakan vivo mampu menawarkan pendedahan jenamanya kepada sejumlah 5 billion penonton di seluruh dunia termasuk 400 juta pengguna aktif vivo.
vivo juga sebelum ini pernah berkerjasama dengan FIFA ketika Piala Arab yang berlangsung di Qatar pada tahun lepas dan juga UEFA Euro 2020.












