Vivo Malaysia telah mula mengeluarkan iklan acah pelancaran telefon pintar siri S terbarunya sejak beberapa hari kebelakangan ini. Baru-baru ini juga, jemputan untuk menghadiri majlis pelancaran telefon pintar berkenaan telah dihantar kepada wakil-wakil media tempatan.
Bersama-sama jemputan tersebut, Vivo Malaysia turut mendedahkan serba sedikit maklumat mengenai siri telefon pintar terbaru keluarannya ini. Telefon pintar ini bakal hadir dengan kamera hadapan 32MP yang ditempatkan pada takuk di paparannya. Selain itu, ia menggunakan cipset MediaTek Helio P65 bersama-sama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Tidak ketinggalan, bateri yang digunakannya berkapasiti 4,500mAh.
Secara keseluruhannya, model Vivo S1 yang memasuki ke pasaran Malaysia ini agak berbeza dengan model yang dilancarkan di pasaran China dan cenderung dengan model yang ditawarkan di pasaran Indonesia.
Apa pun, nantikan maklumat lanjut mengenai telefon pintar Vivo siri S ini ketika hari pelancarannya di Malaysia pada 24 Julai 2019 ini.
Sumber berita diperoleh dari GizChina












