Siri telefon pintar Vivo V15 akan dilancarkan di India pada hari ini dan ianya juga turut akan dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan. Pihak Vivo Malaysia turut menjemput wakil-wakil media tempatan untuk menghadiri majlis pelancarannya pada 26 Februari 2019 ini nanti.

Kedua-dua model, V15 dan V15 Pro boleh didapati di pasaran Malaysia kelak sebaik sahaja model telefon pintar Vivo terbaru berkenaan mula dijual. Turut dimaklumkan majlis berkenaan turut diraikan dengan kehadiran Dato Sri Siti Nurhaliza dan Janna Nick selaku duta jenama Vivo.

Secara keseluruhannya, Vivo V15 Pro merupakan penawaran terbaru telefon pintar premium bertaraf pertengahan dari Vivo yang kini hadir dengan kamera swafoto pop-up. Telefon pintar ini turut hadir dengan fungsi penderia cap jari dibawah paparan yang mirip dengan Vivo NEX dan Vivo V11. Juga, tidak ketinggalan tarikan utamanya pada kamera utamanya yang mempunyai tetapan tri-kamera.

Vivo V15 dan Vivo V15 Pro mula dibuka pra-tempahannya bermula 26 Februari 2019 ini, serentak dengan majlis pelancarannya di Malaysia.

Tinggalkan komentar