Selaku penaja telefon pintar rasmi tunggal untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022, vivo Malaysia dengan bangganya mengumumkan ‘Cabaran vivo Give It a Shot’.

Inisiatif menarik ini bertujuan memberikan galakan kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi minat bola sepak di samping membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di dalam negara.

Seiring dengan visi FIFA yang ingin menjadikan arena bola sepak yang lebih global, kepelbagaian dan inklusif untuk kesejahteraan dunia, vivo Malaysia berhasrat membantu melakukan perubahan dan memberi sokongan kepada generasi muda di Malaysia.

Menurut laporan Jabatan Statistik Malaysia, kadar kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia meningkat dari 5.6% pada 2019 kepada 8.4% pada 2020. Manakala bilangan isi rumah miskin juga meningkat dari 405,400 kepada 639,800 dalam tempoh yang sama.

Ketika dunia sedang dilanda demam musim Piala Dunia, vivo Malaysia meletakkan harapan yang tinggi agar golongan muda memiliki peluang untuk memenuhi keperluan sambil tidak tercicir dalam mengejar impian mereka melalui permainan yang indah ini.

Cabaran ‘vivo Give It a Shot’ yang berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember 2022 menawarkan peluang untuk rakyat Malaysia menunjukkan kemahiran mereka dalam bola sepak sambil berkongsi kegembiraan Piala Dunia FIFA 2022. Untuk setiap video yang dimuat naik, RM1 akan disumbangkan kepada rakan NGO yang dipilih.

Sertai cabaran ini dan jadi salah satu yang melakukan perubahan hari ini! Tunjukkan kemahiran bola sepak anda dan bantu insan yang memerlukan.

Untuk penyertaan, ikuti langkah seperti berikut:

  • Langkah 1: Rekod video anda menendang bola sepak
  • Langkah 2: Muat naik video ke mana-mana platform media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) dengan tanda pagar #vivogiveitashotchallenge dan #vivoMYxFIFA.
  • Langkah 3: Tag kepada 2 rakan anda di dalam kapsyen berkenaan untuk memeriahkan cabaran ini.

Maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi vivo Malaysia.

Tinggalkan komentar