Facebook secara rasminya telah mengumumkan sokongan untuk jumlah peserta maksimum sehingga 8 orang untuk panggilan suara dan video WhatsApp.

Had semasa yang boleh disokong sekarang adalah 4 orang. Namun, Facebook telah mengumumkan had tersebut akan ditingkatkan kepada 8 tidak berapa lama lagi. Penambahan bilangan peserta ini pertama kali diketemukan di dalam versi beta WhatsApp.

Sepertimana yang diamalkan sebelum ini, panggilan suara dan video ini dienkripsikan secara hujung-ke-hujung. Ini bermakna, tiada siapa pun dapat memintas komunikasi yang dibuat oleh pengguna, hatta oleh WhatsApp atau Facebook jua sekalipun.

Bagaimanapun, Faceboo tidak mendedahkan secara spesifik bilakah sokongan penambahan bilangan peserta ini akan disediakan ke dalam WhatsApp.

Berdasarkan penemuan yang diperoleh menerusi WhatsApp beta, kelapan-lapan peserta panggilan video perlu mengemaskini ke versi yang terkini.

Tinggalkan komentar