Acara Samsung Galaxy Unpacked dijadualkan bakal berlangsung pada Rabu minggu hadapan, 11 Ogos ini. Seiring dengannya, sebuah video treler berkenaan acara tersebut telah pun diterbitkan di YouTube.

Video berkenaan yang jumlah tontonannya telah melebihi 100 juta ini menunjukkan evolusi teknologi mudah alih sepanjang dekad.

Turut diketengahkan di dalam video tersebut adalah keberanian melakukan perubahan bagi meningkatkan kemajuan agar kekal diingati di dalam lipatan sejarah.

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=46SbB0IHplE&feature=youtu.be

Bersempenan dengan acara Galaxy Unpacked 2021 ini, sebuah kempen #UnfoldChallenge telah pun dijalankan sejak dari 28 Julali lalu di TikTok. Kempen ini turut menerima penglibatan dari selebriti terkenal dunia seperti BTS, Millie Bobby Brown dan tujuh pempengaruh global. Video kempen tersebut telah pun mencapai tontonan melebihi 184 juta di TikTok.

Anda boleh mengikuti acara Samsung Galaxy Unpacked 2021 pada 11 Ogos 2021, jam 10 malam (waktu Malaysia) melalui pautan berikut:

Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan minat anda di dalam acara Samsung Galaxy Unpacked 2021 bagi mendapatkan baucar tambahan Samsung RM 300. Baucar tersebut juga memerlukan anda melakukan pra-tempahan untuk peranti Galaxy baharu yang akan dilancarkan kelak dan ianya terhad untuk digunakan pada peranti Galaxy boleh pakai dan aksesori sahaja.

Tinggalkan komentar