Unifi telah melancarkan UNI5G Postpaid dengan Netflix, menjadikan pascabayar telekomunikasi pertama dengan menyertakan langganan perkhidmatan penstriman tersebut. Pelan tersebut menyediakan data 5G dan 4G tanpa had dengan akses Netflix untuk membolehkan pengguna menikmatan kandungan streaming pada peranti pintar.
Pilihan Netflix ini tersedia sebagai tambahan kepada pelan UNI5G Postpaid 69 dan Postpaid 99 sedia ada. Selain dari data 5G/4G tanpa had, Postpaid 69 turut menyediakan panggilan tanpa had, 15 sen bagi setiap SMS, dan kuota data hotspot sebanyak 60GB. Manakala pelan Postpaid 99 juga menawarkan perkhidmatan yang sama kecuali had data hotspot yang lebih tinggi. Kedua-dua pelan tidak diikat dengan kontrak.
Bersama-sama bundle Netflix ini, kadar bulanan pelan ini bertambah menjadi RM79 sebulan untuk pelan Postpaid 69. Untuk pelan Postpaid 99 pula harganya menjadi RM100 sebulan dengan pertambahan sebanyak RM1.
Bundle UNI5G Postpaid Netflix ini didatangkan dengan pelan Netflix Basic yang membolehkan penstriman pada resolusi 720p serta muat turun atau tontonan pada satu peranti sahaja dalam satu-satu masa. Menurut Unifi Mobile, pelanggan boleh menaik taraf ke pelan Standard atau Premium pada bila-bila masa.