Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengumumkan kerjasamanya dengan TikTok menerusi memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai baru-baru ini. Kerjasama ini bertujuan bagi menjadikan kandungan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik melalui penggunaan media sosial.
Setakat ini tidak dapat diketahui apakah perancangan yang akan dijalankan oleh kedua-dua pihak bagi tujuan tersebut. Menurut UiTM, projek yang diperkenalkan secara bersama kelak akan mencakupi pendidikan jarak jauh dan terbuka. Dalam pada masa yang sama, pendidikan secara formal menerusi sesi kuliah masih lagi diteruskan.
MOU itu dimeterai antara Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor dan Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek Yi Fong.
Menurut Prof. Datuk Dr. Roziah, reputasi TikTok dengan bilangan pengguna lebih dari 1 billion dapat membuka lebih banyak ruang dalam memperkasakan pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh dan terbuka.
Sumber dan imej dari Utusan Malaysia










