U Mobile hari ini telah memperkenalkan rangkaian 5G generasi berikutnya, yang secara rasminya dinamakan sebagai ULTRA5G di dua lokasi di Semenanjung Malaysia. Lokasi tersebut adalah Berjaya Times Square, dan di sepanjang Jambatan Pulau Pinang 1.
Rangkaian ULTRA5G menggunakan teknologi 5G Standalone (5G SA) dan penghirisan rangkaian (network slicing), menurut U Mobile. Di Berjaya Times Square, liputan rangkaian merangkumi di seluruh tingkat pusat membeli belah berkenaan termasuk parkir di bawah tanah.
Apabila pelanggan bersambungan ke rangkaian tersebut, nama rangkaian “UM ULTRA5G” akan muncul berbanding kebiasaan “U Mobile” sahaja.
Buat masa ini, rangkaian U Mobile tersebut hanya terhad di dua lokasi berkenaan sahaja dengan rangkaian untuk memperluaskan ke hospital-hospital dan lapangan-lapangan terbang dalam masa terdekat ini. U Mobile belum mengumumkan garis masa pelaksanaan penyediaan rangkaian ini ke seluruh negara pada ketika ini. Namun, masih kekal dengan sasaran untuk mencapai 80% Liputan Kawasan Berpendudukan (Coverage of Populated Areas, CoPA) menjelang separuh tahun kedua 2026.













