U Mobile pada hari ini telah mengumumkan pelan GoOffice dengan kerjasama Microsoft Malaysia. Pelan yang hadir dengan pelan data tanpa had ini didatangkan bersama-sama set aplikasi Microsoft Office 365 ini mengutamakan syarikat-syarikat IKS yang ingin mendigitalkan perniagaan.

Pada kadar RM238/bulan, pek GoOffice menawarkan:

  • Microsoft Office 365 Business
    • Microsoft Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Access (untuk PC sahaja)
    • 1TB storan awanan di OneDrive
    • Boleh dipasangkan pada sehingga 15 buah peranti (telefon pintar, Mac/PC, tablet)
  • 1 x Talian Pasca-Bayar prinsipal U Mobile
    • Panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian tempatan
    • Data internet tanpa had
    • Data Roam-Onz 4GB di 12 destinasi seperti Australia, India, Indonesia, Singapore, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan banyak lagi.
    • 20GB data untuk hotspot tanpa wayar dan USB-tethering
  • 2 x Talian tambahan pasca-bayar U Mobile
    • Panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian tempatan
    • 6GB data berkelajuan tinggi
    • Data Roam-Onz 500MB di 12 destinasi seperti Australia, India, Indonesia, Singapore, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan banyak lagi.
    • Data Waze tanpa had.

Didatangkan dengan ikatan kontrak untuk tempoh selama 12 bulan, pemilik perniagaan juga dibolehkan untuk menambah talian-talian di bawahnya dan juga lesen Microsoft Office 365 tambahan apabila perniagaan semakin berkembang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web GoOffice untuk mendaftar.

Tinggalkan komentar