U Mobile baru-baru ini telah melancarkan dua pelan Giler Unlimited terbaru untuk tahun ini iaitu pascabayar GX68 dan prabayar GX38. Pelan tanpa had baharu ini telah dilancarkan pada 13 Februari 2020.
Pelan U Mobile GX68 menyediakan pakej data internet 4G berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan tanpa had dan juga kuota data hotspot sebanyak 5GB. Sepadan dengan namanya, pelan ini ditawarkan pada harga RM68 sebulan.
Untuk pelan prabayar U Mobile GX38 pula, pengguna ditawarkan dengan pakej data tanpa had internet 4G berkelajuan 6Mbps dan kuota data hotspot 3GB. Pengguna pelan prabayar U Mobile terbaru ini juga boleh membuat penambahan mengikut pilihan seperti – Turbo Booster (RM5/ 24 jam), Hotspot Booster (3GB @ RM3/ 3 hari) dan Data Booster 5 (10GB @ RM5/14 hari). Pengguna yang ingin melanggan booster ini boleh melakukannya mengikut salah satu cara berikut:
- MY UMobileApp – Menu ‘Add-Ons’
- UMB – Dail *118*1#
- SMS – hantarkan ON TURBO (untuk Turbo Booster) atau ON HOTSPOT (untuk Hotspot Booster) ke 28118

Bersempena pelancaran pelan terbaharu ini, U Mobile sedang memberikan tawaran terhad kepada pengguna mendaftarkan untuk pelan ini sepanjang tempoh promosi bermula dari 13 Februari. Dalam tempoh ini, bakal pelanggan U Mobile GX68 baru berdaftar ditawarkan dengan harga langganan RM58 sebulan untuk seumur hidup. Pelanggan U Mobile GX38 juga bakal menikmati potongan harga pada RM35 untuk melanggan pakej pelan prabayar tersebut.
Maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi U Mobile













