Samsung memperkenalkan dua siri dari TV Pintar QLED 4K keluaran tahun 2020 melalui Samsung Q60T dan Q80T. Siri TV Pintar ini kini sudah mula dijual menerusi laman web Samsung Malaysia.

Selain dari varian 50 dan 75-inci, pengguna di Malaysia kini juga boleh mendapatkan TV Pintar QLED 4K Q60T dengan pilihan paparan 55, 65, dan 85-inci.

Untuk harganya, ketiga-tiganya dijual pada harga masing-masing RM 4,499, RM 6,999, dan RM 16,999. Bagi yang bersaiz 50 dan 75-inci pula, harga jualannya adalah masing-masing RM 3,499 dan RM 11,999.

Manakala untuk TV Pintar QLED 4K Q80T pula menampilkan pemprosesan Quantum yang lebih berkuasa dengan output kontras yang lebih baik. Selain itu siri Q80T juga menawarkan fungsi Bunyi Penjejakan Objek dan Penguat Suara Aktif.

Dari segi harganya, siri TV Pintar QLED 4K Q80T menawarkan harga RM6,499 untuk model 55-inci, manakala model 65-inci pula dijual pada harga RM10,999. Bagi yang ingin mendapatkan skrin TV yang lebih besar, anda boleh mendapatkan model 75-inci dan 85-inci yang masing-masing dijual pada harga RM16,999 dan RM22,999.

Kesemua TV Pintar Samsung 4K QLED tahun 2020 ini kini sudah ditawarkan melalui laman web rasmi Samsung Malaysia. Bagaimanapun, penghantaran hanya boleh dibuat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinggalkan komentar