Utama Pengangkutan Awam Penutupan, Lencongan Jalan di Lembah Klang dijadualkan untuk Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Penutupan, Lencongan Jalan di Lembah Klang dijadualkan untuk Sidang Kemuncak ASEAN 2025

2
0
Imej dari Michael Loke / Flickr

Beberapa jalan-jalan utama di Lembah Klang akan ditutup bersempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei 2025. Sejumlah enam lebuhraya utama dan 25 jalan utama akan ditutup secara berperingkat bermula dari 23 sehingga 28 Mei ini.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menyatakan ia melibatkan jalan-jalan menghala ke KLCC, KLIA, Pangkalan Tentera Udara Subang, Istana Negara, dan hotel-hotel untuk para delegasi.

Antara lebuhraya yang terlibat Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Baharu (NKVE), Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya Utara Selatan, dan Lebuhraya Koridor Guthrie. Jalan-jalan utama pula meliputi Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang, dan Jalan Parlimen.

Kawalan trafik akan bermula 30 minit bagi setiap konvoi dengan penutupan dan pelencongan trafik akan dilakukan secara berperingkat bermula dari 8 pagi sehingga 8 malam setiap hari di sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN. Raptai akan diadakan pada 21 Mei dan 22 Mei melibatkan konvoi dan keselamatan kenderaan. Menurut Mohd Yusri, seramai 789 petugas terlibat di sepanjang tempoh sidang kemuncak tersebut. “Anggota JSPT akan menguruskan pelbagai tugasan termasuk mengiringi kenderaan VVIP dan kawalan trafik.”

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak dari menggunakan laluan yang ditutup dan dilencongkan dengan menggunakan pengangkutan awam. “Kami juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kenderaan komersil dilarang memasuki pusat bandar di sepanjang waktu puncak bermula dari 6.30 pagi sehingga 7.30 pagi dan 4.30 pagi sehingga 7.30 pagi.” Mohd Yusri juga menyatakan kenderaan yang diparkir secara sembarangan akan ditunda.

Jadual Penutupan dan Pelencongan Jalan

23 hingga 26 Mei (Ketibaan para delegasi)

KLIA / Pangkalan Tentera Udara Subang menghala ke:

  • Lebuh KLIA
  • Lebuhraya Elite (KLIA-Putrajaya)
  • NKVE (Subang-Jalan Duta)
  • Lebuhraya Guthrie
  • Lebuhraya Utara-Selatan (Sungai Buloh-Pusat Bandar)
  • Lebuhraya MEX
  • Lebuhraya KL-Seremban
  • Lingkaran Putrajaya
  • Jalan Istana
  • Jalan Damansara
  • Jalan Tun Abdul Razak
  • Jalan Ampang
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Bukit Bintang
  • Jalan Imbi
  • Jalan Parlimen
  • Jalan Kuching

26 Mei

Dari hotel-hotel ke KLCC: 8 pagi sehingga selesai ketibaan dan dari KLCC ke hotel-hotel: 5:30 petang sehingga pulang ke hotel-hotel selesai.

  • Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
  • Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
  • Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC

8 pagi sehingga 10:30 pagi (dari hotel-hotel ke KLCC)

  • Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
  • Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
  • Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC

11:45 pagi sehingga 1 tengah hari (KLCC ke Istana Negara)

  • Di sepanjang Jalan Tun Razak
  • Di sepanjang Jalan Mahameru
  • Di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim

1:45 tengah hari sehingga 3 petang (Istana Negara ke KLCC)

  • Di sepanjang Jalan Parlimen/Jalan Kuching
  • Di sepanjang Jalan Sultan Ismail
  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
  • Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
  • Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC

28 Mei

8 pagi dan ke atas, dari hotel-hotel ke KLIA/Pangkalan Tentera Udara Subang

  • Lebuh KLIA
  • Lebuhraya Elite (KLIA-Putrajaya)
  • NKVE (Subang-Jalan Duta)
  • Lebuhraya Guthrie
  • Lebuhraya Utara-Selatan (Sungai Buloh-Pusat Bandar)
  • Lebuhraya MEX
  • Lebuhraya KL-Seremban
  • Lingkaran Putrajaya
  • Jalan Istana
  • Jalan Damansara
  • Jalan Tun Abdul Razak
  • Jalan Ampang
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Bukit Bintang
  • Jalan Imbi
  • Jalan Parlimen

Foto pengatas daripada Michael Loke (Flickr)

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.