Peranan telefon pintar di dalam kehidupan harian kita pada hari ini kian mustahak. Ia merangkumi fungsi dan perkhidmatan penting seperti kewangan, simpanan data peribadi dan sensitif, serta fail-fail kerja yang sulit dan terperingkat.

Sesetengah pengguna siri Galaxy Note dahulu pernah menjadikan peranti berkenaan untuk tujuan tersebut atas dasar kepercayaan dan keyakinan. Pun begitu, seiring dengan perubahan teknologi semasa,soal perlindungan data peribadi dan privasi kian dititik beratkan dalam produk-produk yang lebih terkini.

Galaxy S23 Ultra yang dilancarkan oleh Samsung pada tahun ini menawarkan kemaskini keselamatan untuk selama 5 tahun dan kemaskini sehingga 4 generasi sistem operasi Android. Oleh yang demikian, pengguna akan lebih yakin untuk menerima perlindungan yang terbaik untuk tempoh masa yang panjang.

Dilindungi oleh Samsung Know, pengguna tidak perlu risau mengenai ancaman penggodam atau bimbangkan pencerobohan oleh malware dan spyware. Perlindungan ini juga penting bagi memperkukuhkan ciri keselamatan pada platform pembayaran seperti Samsung Wallet.

Pengguna juga menerima manfaat tambahan melalui ciri Samsung Privacy Protection yang membolehkan pengguna menguruskan keizinan akses ke aplikasi pihak ketiga ke fail-fail tertentu di dalam storan Galaxy S23 Ultra.

Selain itu, pengguna juga boleh berkongsikan fail-fail secara peribadi dengan pengguna lain yang dipilih melalui versi baca-sahaja (read-only) bagi mengelakkan ia disebar luas tanpa kebenaran. Malah, ciri perlindungan ini juga boleh menghalang tangkapan layar dan menetapkan tarikh luput sesebuah fail.Samsung Galaxy S23 Ultra upgrade from Galaxy Note

Dari sekarang sehingga 30 Jun 2023, pelanggan yang memberik mana-mana model di dalam siri Galaxy S23 akan menerima rebat tambahan sehingga RM1,000.

Models Diskaun
Galaxy S23 256GB RM300
Galaxy S23+ 512GB RM500
Galaxy S23 Ultra 512GB RM500
Galaxy S23 Ultra 1TB RM1,000

Khusus untuk pengguna yang cakna alam sekitar, anda boleh menukar ganti dan nikmati penjimatan hebat dengan rebat segera RM500.

Ini waktunya untuk anda bertukar ke Galaxy S23 Ultra. Maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23-ultra/buy/

-Editorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar