Utama Mobile Perkakasan Trump kenakan Tarif 100% untuk Semikonduktor, Eksport Malaysia ke US dijangka terjejas

Trump kenakan Tarif 100% untuk Semikonduktor, Eksport Malaysia ke US dijangka terjejas

90
0
Imej dari AP

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini telah mengumumkan untuk mengenakan tarif 100% untuk import cip dan semikonduktor yang bukan buatan Amerika Syarikat.

Menurut laporan dari Free Malaysia Today, Presiden AS berkenaan menyatakan kadar tarif baharu ini akan dikenakan kepada semua cip dan semikondutor yang memasuki AS, kecuali untuk syarikat yang memberikan komitmen untuk membina kilang pengeluaran di AS. Beliau berucap kepada wartawan ketika sesi di Oval Office, Washington DC.

“So 100% tariff on all chips and semiconductors coming into the US. But if you have made a commitment to build, or if you’re in the process of building (in the US), as many are, there is no tariff,”

Malay Mail melaporkan Tokyo Electron, pengeluar peralatan pembuatan cip dari Jepun mengalami kejatuhan harga di pasaran saham sebanyak 3.4 peratus. Manakala pengeluar Renesas pula jatuh 2.5 peratus dan, pengeluar cip utama dari Seoul, Korea Selatan SK Hynix merosot sebanyak 2.9 peratus.

Menurut perangkaan dari usimportdata.com, jentera dan peralatan elektrikal merupakan eksport terbesar Malaysia ke AS bernilai $23.72 billion (~ RM100 billion) pada 2024. Ia diikuti oleh reaktor nuklear dan jentera bernilai $6.31 billion (RM26.6 billion) dan instrumen optikal, perubatan, dan pembedahan dengan nilai $3.89 billion (RM16.4 billion).

Trump baru sahaja menurunkan tarif import Malaysia pada minggu lepas

Pada 1 Ogos lalu, kerajaan AS telah menurunkan kadar tarif terhadap import barangan buatan Malaysia dari 24 peratus kepada 19 peratus. Presiden AS berkenaan juga menulis surat kepada YDPA Sultan Ibrahim pada 7 Julai menawarkan tarif sifar kepada Malaysia jika Malaysia atau mana-mana syarikat tempatan ingin membina atau menghasilkan produk di AS.

Trump dijadualkan mengadakan kunjungan ke Malaysia untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 pada 26 Oktober ini. Ia bertujuan bagi mengadakan perbincangan di antara pemimpin tertinggi negara-negara ASEAN dengan Presiden AS berkenaan isu-isu penting serantau. Antaranya kata sepakat ASEAN terhadap tarif yang dikenakan AS antara 25% hingga 49% melibatkan import automotif, semikonduktor, farmaseutikal dan elektronik.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.