
Sejak penubuhannya pada tahun 2013, Triskell telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan mampan serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pembekal utama bagi penyelesaian pengurusan portfolio projek dan perancangan perniagaan strategik untuk organisasi-organisasi di seluruh dunia.
Ángel García, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Triskell Software, mengulas tentang kunci kejayaan ini: “Komitmen kami terhadap kualiti, inovasi dan kepuasan pelanggan telah menjadi asas kepada pertumbuhan kami.” Beliau seterusnya menambah, “Kami sangat gembira dengan pencapaian kami dan berdedikasi untuk penambahbaikan yang berterusan untuk masa depan. Kami akan sentiasa berusaha untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan kepada para pelanggan kami yang melebihi jangkaan mereka.”
Sepanjang 10 tahun yang lalu, Triskell Software telah mencapai pencapaian yang luar biasa, termasuk:
- Lebih 250,000 pengguna di seluruh dunia kini bergantung pada penyelesaian PPM kami.
- Kami telah mengembangkan kehadiran antarabangsa kami dan kini beroperasi di 15 buah negara.
- 98 peratus daripada para pelanggan kami menyatakan kepuasan dengan perisian kami.
- Kami telah diiktiraf oleh penganalisis terkenal seperti Gartner dan Forrester sebagai penyedia terkemuka dalam pasaran seperti Pengurusan Pelaksanaan Strategi, Pengurusan Portfolio Strategik dan Pengurusan Portfolio Aplikasi.
- Kami telah menjalin perkongsian strategik merentasi empat benua yang membolehkan kami untuk memasuki pasaran baharu dan kekal lebih dekat dengan para pelanggan kami.
Akhir sekali, kami ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada para pelanggan, rakan usaha sama dan para pekerja kami atas sumbangan berharga dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sepanjang 10 tahun ini. Tanpa mereka, pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai.
Tentang Triskell Software
Triskell ialah penyelesaian perusahaan yang memberi tumpuan kepada Pengurusan Pelaksanaan Strategi dengan ciri Pengurusan Portfolio Projek termaju yang membantu mengisi jurang antara perancangan dan pelaksanaan yang betul. Triskell membolehkan syarikat merancang, mengutamakan, mengurus dan memantau inisiatif organisasi mereka. Ia termasuk alatan untuk pengurusan permintaan, pengurusan kapasiti, pengurusan portfolio projek, pengurusan portfolio aplikasi, pengurusan sumber, pengurusan kewangan, pengurusan projek ‘waterfall’ dan ‘agile’ serta pengurusan portfolio perkhidmatan IT.
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2150383/Triskell_Software_10th_Anniversary.jpg
Untuk maklumat lanjut tentang Triskell Software, sila hubungi:
info@triskellsoftware.com
sales@triskellsoftware.com














