Malaysian Internet Exchange (MyIX) telah mendedahkan berkenaan jumlah trafik rangkaian yang melalui Nod Internet Nasional telah mencatatkan angka tertinggi pada Ogos 2016. Penggunaan data internet melalui nod berkenaan telah memuncak kepada 170 Gbps, menunjukkan peningkatan sekitar 57 peratus untuk tahun ini.
Tahun ini telah menunjukkan peningkatan mendadak penggunaan internet di Malaysia apabila terdapat bulan-bulan tertentu yang telah mencapai paras 100Gbps. Pengerusi MyIX, Encik Chiew Kok Hin memaklumkan bahawa peningkatan ini adalah disebabkan oleh penambahbaikan pada pelan data, capaian internet mudah alih yang lebih pantas serta penambahan bilangan kandungan digital yang ditawarkan di Malaysia.
Peningkatan mendadak kandungan Over-The-Top (OTT) secara langsung telah mengakibatkan pertambahan penggunaan internet. Ini juga menunjukkan bahawa pengguna turut memilih medium internet jika terdapat sesuatu yang menarik untuk ditonton. Perkhidmatan seperti Netflix, iFlix, dan penstriman muzik, Spotify telah menyumbang kepada lonjakan ini.
Menurut Encik Chiew Kok Hin lagi, “It’s not just about supplying data packages, there needs to be content as well and content is growing. The growing availability and appeal of OTT players such as Netflix, iFlix and online TV and radio channels are certainly contributing to the exponential growth in internet traffic. These will continue to fuel the rise for the rest of 2016 and beyond,”
–Sumber berita diperoleh dari The Edge, Imej dari Getty Images













