Touch ‘n Go eWallet merupakan salah satu perkhidmatan nirtunai popular di kalangan rakyat Malaysia. Sekitar awal petang tadi, perkhidmatan tersebut dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatan.

Di dalam aplikasinya, tertera notis pemberitahuan “connection time out” apabila pengguna cuba mengaksesnya, termasuk menu RFID. Manakala laman PayDirect pula didapati terdapat satu laman ralat telah dipaparkan.

Laman rasmi Touch ‘n Go eWallet di Facebook juga telah memaklumkan pihaknya sedang cuba mengatasi masalah tersebut secepat mungkin dan sentiasa akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna.

Pengguna lebuh raya, pengangkutan awam dan juga bayaran parkir buat masa ini dimaklumkan sudah boleh menggunakan kad Touch ‘n Go dan RFID untuk tujuan pembayaran, asalkan baki kredit di dalamnya masih lagi mencukupi.

Semakan kami di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet sekitar jam 8.30 malam ini didapati ia sudah boleh diakses. Namun, pihak Touch ‘n Go masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemulihan perkhidmatan tersebut setakat ketika artikel ini ditulis.

Tinggalkan komentar