Platform Touch ‘n Go eWallet dilaporkan mengemaskini sokongan untuk pelaburan GO+. Pelaburan berkenaan kini telah mencapai status patuh syariah bagi membolehkan pengguna-penggunanya yang beragama Islam menyertainya.
Sokongan pelaburan GO+ telah diperkenalkan di dalam platform Touch ‘n Go eWallet sejak dari Mac lalu. Pengguna yang berminat boleh menggunakannya untuk membuat pelaburan melalui baki kredit di dalam dompet digital berkenaan.
Selain itu, pengguna juga boleh membuat pelaburan di dalamnya dengan menggunakan perbankan dalam talian dengan nilai permulaan dari serendah RM 10 sahaja.
Penetapan status patuh syariah ini bagaimanapun tidak menjejaskan pulangan pelaburannya sedia ada iaitu 1.40% p.a. Ia bersamaan lebih kurang RM0.00001068 sehari bagi setiap nilai Ringgit yang dilaburkan.













