Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengumumkan penangguhan pengeluaran bil elektrik bercetak sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembacaan meter secara fizikal oleh kakitangan TNB akan ditangguhkan buat sementara waktu ini.

Oleh kerana pembacaan meter merupakan sebahagian daripada proses pengebilan, TNB memaklumkan bil pengguna yang akan datang akan dianggarkan berdasarkan bil bulanan terdahulu.

TNB turut menyatakan pembacaan meter secara fizikal akan kembali seperti biasa selepas selesai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kelak.

Terdapat dua cara untuk anda membuat semakan bil elektrik anda. Salah satunya adalah dengan membuat semakan di laman web TNB. Manakala satu lagi cara adalah dengan menggunakan aplikasi myTNB yang boleh didapati di Gedung Google Play dan Apple App Store.

Tinggalkan komentar