Tenaga Malaysia Bhd (TNB) merancang untuk memperluaskan pemasangan meter pintar ke seluruh negara. Melibatkan pemasangan sejumlah 1.2 juta unit di sekitar Lembah Klang ini kelak, pelaksanaan ini merupakan kesinambungan dari kejayaan pengujian sebanyak 340,000 di Melaka sebelum ini.

Penggunaan meter pintar ini membolehkan pengguna memantau penggunaan elektrik menerusi aplikasi mudah alih. Ianya dijangkakan mampu membantu para pengguna berjimat cermat apabila menggunakan tenaga elektrik.

Berbanding kaedah pembacaan meter konvensional yang dibuat sebulan sekali, meter pintar mengemaskini bacaan meter pada setiap 30 minit.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Encik Megat Jalaludin Megat Hasan, syarikat utiliti ini berhasrat untuk memperluaskan penggunaan meter elektrik ini kepada sejumlah 9 juta unit ke seluruh negara menjelang 2021.

Setakat ini, lebih dari 700 juta unit meter pintar telah dipasangkan di seluruh dunia termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat. TNB telah mula membuat pemasangan meter pintar di bawah projek rintis di Melaka dan Putrajaya dari 2014 hingga 2016.

Tinggalkan komentar