Tenaga Nasional Berhad, TNB tidak lama akan melakukan pemasangan meter pintar digital (AMI) untuk pengguna di Malaysia dan bakal mengikut jejak langkah pembekal utiliti negara-negara Asia sebagai salah satu inisiatif ke arah kelestarian penggunaan sumber tenaga.
Dalam satu kenyataan, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir Azman Mohd TNB memaklumkan bahawa lebih dari 8.5 juta pengguna di seluruh Malaysia akan memiliki akses data penggunaan tenaga mereka dalam bentuk masa nyata dan boleh menentukan cara penggunaan berdasarkan maklumat yang diperoleh sebaik sahaja meter tersebut dipasangkan.
“We have completed a smart meter ‘live’ pilot project to understand the technologies, regulatory and customer challenges and will install the device on a larger scale (Kami sudah menyelesaikan projek meter pintar AMI untuk memahami teknologi, kawal selia dan cabaran pelanggan dan kami akan memulakan sistem AMI pada skala yang lebih besar pada masa akan datang),” katanya pada Persidangan CEO AESIEAP 2015 di Chiang Mai, Thailand, pada Isnin.
AESIEAP atau Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat ditubuhkan pada tahun 1975 bagi meningkatkan kerjasama dan berkongsi teknologi kepakaran antara pembekal-pembekal tenaga elektrik negara-negara ahli.
Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, negara-negara rantau Asia Pasifik lain seperti Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Jepun kini menggunakan meter pintar untuk meningkatkan tahap kecekapan guna tenaga dalam grid kawalan serta memudahkan pemantauan.
Sumber berita diperoleh dari The Star













