TM telah mengumumkan perancangannya untuk melancarkan pakej Unifi terbaru yang disasarkan khusus kepada golongan pelajar dan usahawan teknologi tidak berapa lama lagi. Pengumuman ini dibuat bersempena lawatan Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak ke ibu pejabat TM hari ini.

Dinamakan sebagai Unifi Edu dan Unifi eBiz, asas kepada pakej-pakej ini masih lagi sama dengan apa yang ditawarkan pada pakej sedia ada, Unifi Home dan Unifi Biz. Antaranya termasuklah kelajuan memuat turun sehingga 100Mbps serta akses ke perkhidmatan lain seperti wifi@unifi dan Webe Mobile.

Bagaimanapun, TM hanya akan mendedahkan maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej ini pada tarikh yang masih belum dinyatakan kelak.

Sumber berita dan imej diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar