TM baru-baru ini telah mengumumkan penawaran Unifi Air bagi pelanggan-pelanggannya yang sedang menunggu pemasangan internet di kediaman masing-masing.
Penawaran ini didatangkan bersama-sama kuota data tanpa had. Pelanggan boleh digunakan oleh para pelanggan sehingga kerja pemasangan pakej Unifi Home selesai.
Melalui laman Facebook dan Twitter rasmi Unifi, TM menjelaskan secara terperinci mengenai pelan Unifi Home.
Berdasarkan info dari laman web rasminya, pelan Home terkini menawarkan pakej fiber 30Mbps, 100Mbps dan 100Mbps. Serta pakej Unifi Lite (dulu dikenali sebagai Streamyx) dan Unifi Air yang berasaskan rangkaian LTE 4G.
Sign up for any unifi Home™️ plan and enjoy unlimited wireless internet with unifi Air*, delivered to your doorstep right away for FREE!
Coming to you soon, so stay tuned! pic.twitter.com/WBY6Ddnsmn
— unifi (@unifi) April 19, 2020
Hampir sebulan lamanya penyedia perkhidmatan internet (ISP) dan telekomunikasi tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja pemasangan di kediaman pelanggan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimana, berdasarkan pengumuman terkini Sabtu lalu oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beberapa kelonggaran telah diberikan untuk kerja-kerja pemasangan ini.
SKMM turut mengeluarkan garis panduan bagi kerja-kerja pemasangan ini yang setakat ini hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai Zon Hijau.













