TM sebelum ini telah mengumumkan para pelanggan Unifi akan menerima naik taraf Turbo bermula dari 15 Ogos yang lalu, seterusnya meningkatkan kelajuan pelan yang dilanggan kepada 10 kali ganda.

Sesetengah pengguna mungkin sudah pun menerima naik taraf kelajuan berkenaan dan bagi anda yang masih belum pasti, anda boleh menguji kelajuan melalui laman seperti Speedtest.net. Mana-mana pengguna yang telah sedia untuk dinaik taraf akan menerima SMS dari TM dan dikehendaki untuk melakukan restart pada modem masing-masing.

Pun begitu, pengguna yang masih belum melanggan Unifi turut berpeluang menikmati internet jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga yang lebih munasabah ini. Terbaru, TM telah mengumumkan pelan terbaru yang dikenali sebagai Unifi Pro Plan dengan kelajuan 100Mbps.

Selain dari menawarkan kelajuan 100Mbps, Unifi Pro Plan turut menawarkan kelajuan memuat naik 50Mbps, 600 minit panggilan percuma ke talian tetap dan juga mudah alih, pek Unifi TV dan juga akses ke Unifi PlayTV.

Setakat ini, laman Unifi hanya sekadar menawarkan dua pelan sahaja iaitu, Unifi Basic dan Unifi Pro Plan. Berbeza dengan sebelum ini yang menawarkan empat pelan yang berbeza. Tidak dapat dipastikan sama ada pelanggan baru akan menerima pilihan menaik taraf seperti yang dinikmati oleh pelanggan sedia ada pada masa ini.

Sumber berita diperoleh dari TM

Tinggalkan komentar