TM telah mendedahkan saluran-saluran Astro akan dialih keluar dari perkhidmatan HyppTV tidak lama lagi. Makluman berkenaan disampaikan kepada para penggunanya melalui SMS serta juga melalui pada laman webnya dan mesej perangkak pada siarannya.
Usahasama di antara TM dan Astro bermula dengan penyiaran saluran SuperSport dan SuperSport 2 HD pada tahun 2013 dahulu. Lanjutan dari penyiaran dua saluran sukan berkenaan, TM telah menambah bilangan saluran-saluran Astro dengan memasukkan Awani, Oasis, Vaanavil, dan Makkal TV. Bagaimanapun, kesemua saluran-saluran ini bakal ditamatkan penyiarannya di HyppTV bermula 1 Ogos 2016 ini.
Menurut bahagian FAQ pada laman web HyppTV, perubahan ini disebabkan oleh ‘the changes is due to the service’s continues effort to update its content offerings according to subscribers’ preferences‘. Peh, berbelit dia punya statement. Apa pun, senang cerita, perjanjian antara TM dan Astro tidak diperbaharui. Lagipun, perjanjian usahasama antara Astro dan TM ni memang tamatnya pada tahun 2016.
Tak dapat nak dipastikan pihak mana yang tak nak perbaharui perjanjian ini. Mungkin, atas faktor ini juga membuatkan TM lebih mesra dengan pihak penyedia kandungan over-the-top (OTT) seperti iflix, Netflix, Tonton dan sebagainya.
Buat masa ini, TM masih belum mengumumkan apakah saluran yang akan menggantikan ketiadaan saluran-saluran dari Astro tersebut di HyppTV. Pihak TM berjanji akan memaklumkan sebarang perubahan perkhidmatan HyppTV kepada pelanggan-pelanggannya dari masa ke semasa.
-Sumber berita diperoleh dari TM













