Telekom Malaysia Berhad (TM) telah berjaya memasangkan stesen pemancar rangkaian 5G di dua buah pusat kuarantin COVID-19 di Selangor. Tujuan pemasangan ini dilakukan sebagai kemudahan akses Wi-Fi percuma berkelajuan 5G kepada pengguna-pengguna di pusat kuarantin berkenaan.
Dua buah pusat kuarantin berkenaan ialah Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang, dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh. Pemasangan rangakaian 5G berkenaan diberikan secara percuma.
Sebanyak 50 unit terminal kses Wayarles Tetap 5G di kedua-dua lokasi berkenaan. Rangkaian tanpa wayar 5G tersebut mampu memberikan sambungan WiFi sehingga 500Mbps, kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin menyatakan kecekapan dan kemudahan sambungan 5G, diharapkan dapat membantu pasukan barisan hadapan dan perubatan kekal produktif dalam operasi mereka.
Selain itu perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang dipertingkatkan, menerusi sambungan 5G ini juga dapat membantu para pesakit kekal berhubung dengan keluarga dan yang tersayang, sepanjang mereka berada di pusat kuarantin itu.
Beliau turut menambah inisiatif berkenaan adalah lanjutan kepada penglibatan TM dalam Projek Demonstrasi 5G (5GDP) di Langkawi dan Subang Jaya tidak berapa dahulu
Perancangan dan pelaksanaan pemasangan rangkaian ini juga turut menerima bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),













