Pameran Integrated Systems Europe (ISE) 2025 telah bermula pada 4 Februari di Barcelona, menampilkan kemajuan terkini dalam teknologi paparan komersial.

Samsung Electronics menyambut para tetamu dengan fasad media The Wall bersaiz 462 inci yang mengagumkan di pintu masuk reruai mereka. Di dalamnya, syarikat mempamerkan paparan Color E-Paper yang cekap tenaga, bersama naik taraf berkuasa AI untuk platform SmartThings Pro. Paparan Smart Signage 4K bersaiz 115 inci yang berskala besar turut menarik perhatian pengunjung dengan visual yang mengasyikkan.

Samsung Newsroom telah meneroka reruai Samsung secara langsung dan merakam inovasi-inovasi yang bakal mencorakkan masa depan paparan komersial.

📌 The Wall dengan Teknologi MICRO LED
🔹 Pengunjung terpesona dengan kejelasan visual The Wall yang menakjubkan.
📌 Paparan Color E-Paper
🔹 Reka bentuk nipis dan ringan dengan penggunaan tenaga ultra-rendah.
📌 Platform Pengurusan Kandungan Berasaskan Awan Samsung VXT 🔹 Pengunjung melihat sendiri bagaimana Samsung VXT menawarkan penyelesaian CMS yang komprehensif untuk pengurusan kandungan dalam perniagaan.
📌 SmartThings Pro 🔹 Menarik perhatian ramai dengan keupayaannya menyokong peranti IoT bertaraf perusahaan untuk pengurusan B2B.
📌 Google Cast pada TV Hotel Samsung 2025 🔹 Pengunjung mencuba sendiri ciri baharu Google Cast yang kini disepadukan dalam rangkaian TV hotel Samsung.
📌 Paparan Interaktif 2025 dengan Pembantu AI Samsung
🔹 SW Yong, Presiden dan Ketua Perniagaan Paparan Visual Samsung Electronics, mencuba sendiri paparan interaktif terkini dengan Samsung AI Assistant.
📌 Smart Signage 115” (16:9) 4K
🔹 Skrin bersaiz ultra besar yang dioptimumkan untuk pejabat, kedai runcit dan persekitaran perniagaan lain.
📌 Smart Signage 105” (21:9) 5K
🔹 Paparan inovatif yang sesuai untuk persidangan video, menarik perhatian ramai dengan ciri-ciri yang canggih.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: https://www.samsung.com/my/business/

Tinggalkan komentar