Sejak dilancarkan pada tahun 2014, The Sims 4 kerap menerima kandungan pengembangan dan kemas kini secara konsisten. Seterusnya, menjadi salah satu permainan keluaran EA yang paling lama bertahan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa permainan ini mampu bertahan lama di pasaran, anda boleh memuat turunnya secara percuma melalui aplikasi Origin. Permainan komputer untuk PC dan Mac ini ditawarkan secara percuma bermula sekarang hingga 28 Mei 2019.
Anda juga boleh memperolehinya tanpa perlu memuat turun melalui laman rasmi Origin. Perolehan yang anda buat ketika sepanjang tempoh penawaran ini akan terus kekal menjadi milik anda.
The Sims 4 kini telah melepasi jangka hayat siri-sirinya yang terdahulu. Ia bermula dengan perisian asas (vanilla) sebelum berkembang dengan pelbagai kandungan pengembangan dan kemaskininya yang terbaru.
Pastinya, versi asas yang ditawarkan secara percuma ini boleh digabungkan dengan kandungan-kandungan pengembangan yang boleh dibeli secara berasingan. Salah satu pek kandungan perkembangan terkini, Get Famous, membolehkan anda hidup sebagai penggiat media sosial terkenal melalui Sims.
Pek StrangeVille pula yang ditambahkan pada bulan Februari, menawarkan penceritaan bertemakan penyiasatan di pekan mati yang penuh dengan teori konspirasi, penduduk seperti zombie, dan perkara-perkara paranormal lain. Juga, Sims di dalam pek berkenaan bercakap di dalam bahasa Inggeris dan bukan bahasa merapu Simlish.
Dapatkan permainan The Sims 4 melalui Origin













