The Messi Experience ialah sebuah pengalaman multimedia interaktif yang inovatif yang akan membawa para tetamu menelusuri kehidupan unik seorang legenda bola sepak dan menjemput para tetamu memasuki alam permainan! Dengan memasuki sebuah dunia yang didorong oleh impian zaman kanak-kanak serta pencapaian yang memecahkan rekod, para tetamu akan dibawa untuk merasai pengalaman dan bertemu dengan jejaka di sebalik kisah legenda ini: Aktiviti bola digital dengan kemas kini skor secara langsung, serta penglibatan maya secara peribadi dengan Messi, akan menjadi sebahagian daripada aktiviti ini bagi mendapatkan pengalaman mendalam yang serba lengkap.
Peminat akan dapat merasai pelbagai tenaga fizikal & digital sambil menyaksikan bakat pemain terunggul ini dengan kehebatannya beraksi di padang. Bermula daripada penglibatan awal beliau di kampung halamannya di Rosario; ketibaan beliau serta kerjaya bola sepak yang bermula di Barcelona, hingga pencapaian beliau menjulang Piala Dunia 2022 bersama pasukan Argentina, pengalaman tontonan audio visual ini akan merakam perjalanan penuh emosi tentang seorang kanak-kanak lelaki yang kini menjadi legenda. Pelawat akan keluar daripada pengalaman ini dengan rasa terinspirasi, perkasa dan gembira.
“Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada projek ini yang membolehkan peminat meneliti perjalanan hidup saya di dalam dan luar padang. Sepanjang kerjaya saya, saya sentiasa berusaha untuk memberi inspirasi dan berhubung dengan orang ramai melalui minat saya terhadap bola sepak. Pengalaman ini akan menawarkan satu peluang unik untuk menghidupkan semula detik-detik yang menjadi kenangan abadi dalam hidup saya serta merasai emosi yang telah mencorakkan kerjaya saya,” kata Leo Messi.
“Kami sangat teruja dan berbesar hati untuk mempersembahkan pengalaman Lionel Messi yang luar biasa ini. Messi merupakan satu teladan yang unik buat semua generasi dan suatu demonstrasi tentang cara-cara mengatasi cabaran suka dan duka. Kami akan membawa pengalaman ini ke semua benua. Pengalaman yang akan mengambil masa selama 75 minit ini penuh inspirasi, emosi, hiburan dan keseronokan untuk dinikmati oleh semua orang,” kata Andres Naftali dan David Rosenfeld, Pengasas Bersama – Primo Entertainment.
Di Moment Factory, kami menyatukan orang ramai, dan melalui pelbagai projek kami, kami bermatlamat untuk mencetuskan perasaan yang unik dan hubungan yang kolektif. Melalui pengalaman ini, kami berbesar hati untuk menghimpunkan penceritaan imersif dan teknologi interaktif untuk mencipta suatu pertemuan unik antara penonton dengan legenda bola sepak, Messi.” Sakchin Bessette, Pengasas Bersama – Pengarah Eksekutif Kreatif, Moment Factory
Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang pengalaman ini, sila layari www.themessiexperience.com / Instagram: @themessiexperience.
PERIHAL
Primo Entertainment
Primo Entertainment ialah peneraju industri hiburan di Amerika Syarikat dan Amerika Latin yang bekerja sama dengan para artis paling penting, serta dengan format dan pameran paling mudah dikenali di dunia. Beribu pejabat di Miami, Primo mempunyai pejabat lain di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Sejak penubuhannya, Primo bekerja sama dengan para artis muzik antarabangsa yang paling penting, seperti Justin Bieber, Ariana Grande, Enrique Iglesias dan Cirque Du Soleil serta ramai lagi. Primo turut menghasil dan mempromosikan pameran antarabangsa seperti Beyond Van Gogh, Beyond Monet, Frida Kahlo-The Life of an Icon dan Space Adventure. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.primo-entertainment.com @primo.entertainment
Moment Factory
Moment Factory ialah sebuah studio pelbagai disiplin yang didedikasikan untuk mencipta pengalaman multimedia inovatif yang memberi inspirasi kepada hubungan sesama manusia dan mengubah dunia di sekeliling kita. Pasukan kami menggabungkan kepakaran dalam aspek video, pencahayaan, seni bina, bunyi dan kesan khas untuk mencipta pengalaman yang luar biasa. Beribu pejabat di Montreal, studio ini juga mempunyai lokasi lain di Paris, Tokyo, New York City dan Singapura. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, Moment Factory telah menghasilkan lebih 500 projek unik di seluruh dunia, termasuk siri Lumina Night Walk dan AURA. Dengan kerjasama para artis, jenama, muzium, taman tema dan bandar-bandar terkenal, produksi kami menjangkau ke seluruh dunia dan merangkumi pelanggan seperti NBA, Lapangan Terbang Changi, Disney, Sony, Boston Museum of Science, Universal Studios, AT&T, Reims Cathedral dan Billie Eilish. momentfactory.com @momentfactory

Video – https://mma.prnewswire.com/media/2105380/Primo_Entertainment_Messi_Experience.mp4
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2105265/Primo_Entertainment_The_Messi_Experience.jpg














