
Dalam jawatan baharu ini, Sudhesh akan bertanggungjawab untuk menerajui perniagaan kiriman wang global TerraPay, meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti syarikat dengan semua rakan kongsi utama di seluruh dunia serta mengembangkan lagi koridor kiriman wang sedia ada, di samping turut membuka pasaran baharu bagi menambah rangkaian semasa TerraPay di lebih 100 buah negara.
Semasa menyampaikan ucapan selamat datang kepada Sudhesh, Ambar Sur, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay berkata, “Memandangkan TerraPay meneruskan pengembangan syarikat di seluruh dunia, kami telah meningkatkan usaha untuk memperkukuh pasukan kami dengan bakat terbaik dalam industri. Sudhesh merupakan seorang profesional yang berpengalaman dan saya amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan beliau menyertai pasukan kami. Pengalaman beliau yang meluas dalam menerajui syarikat mencapai tahap kejayaan yang baharu akan memainkan peranan penting dalam mempercepat pertumbuhan perniagaan kiriman wang global TerraPay. Saya yakin bahawa kepakaran dan pengetahuan beliau yang mendalam adalah amat berharga kepada syarikat.”
Sudhesh ialah seorang alumni IIM Bangalore dan membawa pengalaman industri yang mendalam selama lebih 20 tahun. Sebelum menyertai TerraPay, beliau mengetuai Xpress Money sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, membimbing pelbagai pasukan yang bertanggungjawab terhadap operasi global, menjalin pakatan strategik, pengurusan ejen dan rakan kongsi, membangunkan perkhidmatan pelanggan, penjenamaan dan pemasaran yang kukuh, penyelidikan pasaran, komunikasi korporat, perhubungan media dan pelbagai lagi. Sudhesh juga telah memegang jawatan pucuk pimpinan Bursa UAE dan Unimoni, dengan menerajui syarikat-syarikat tersebut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Mengulas tentang jawatan baharu beliau di TerraPay, Sudhesh Giriyan berkata, “Saya amat teruja untuk menyertai TerraPay di saat pengembangan global syarikat tersebut sedang dipertingkatkan. Dalam beberapa tahun yang lalu, industri kiriman wang telah menyaksikan pertumbuhan yang menakjubkan dan bakal mempunyai masa depan yang lebih cerah. Setelah memantapkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai bagi urus niaga rentas sempadan, perjalanan perniagaan kiriman wang TerraPay di masa hadapan adalah berkenaan menjalin perkongsian strategik baharu, mencapai pasaran baharu dan belum diterokai serta membawa laluan utama pembayaran global ke setiap negara. Saya amat yakin bahawa sekarang merupakan masa yang terbaik untuk menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan ini serta membawa perniagaan ini ke tahap yang baharu.”
Tentang TerraPay
TerraPay yang mempunyai ibu pejabat di United Kingdom, percaya bahawa pembayaran terkecil juga berhak menjalani proses pemindahan tanpa sempadan yang selamat sebagaimana yang diperolehi pembayaran terbesar. Kumpulan ini telah membina laluan utama pembayaran yang sentiasa berkembang yang memperkasakan perniagaan untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang telus dengan laluan global masa nyata yang lancar dan selamat untuk setiap pembayaran, sama ada kecil atau besar. Didaftarkan dan dikawal selia di seluruh 26 pasaran global, TerraPay merupakan rakan kongsi global terkemuka kepada bank, dompet mudah alih, pengendali pemindahan wang, pedagang dan institusi kewangan yang mewujudkan ekosistem pembayaran antarabangsa yang lebih luas dan inklusif. Dengan akses kepada satu infrastruktur pembayaran yang meliputi seluruh dunia, rakan kongsi syarikat ini menjadi simbol kepada janji terhadap rangkuman kewangan global.
Hubungan:
Anwesha Mukherjee
anwesha@terrapay.com
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2005841/TerraPay_Sudhesh_Giriyan.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1222771/TerraPay_Logo.jpg















