Rumah sewa aku yang baru ni tidak mempunyai siaran televisyen. Televisyennya ada, cuma sambungan ke antennanya yang tiada. Nak pakai Astro pun, aku rasa macam tak berbaloi je. Entah bila masanya dapat aku tonton. Masa aku banyak digunakan untuk aktiviti lain di luar seperti mengeteh bersama rakan-rakan. Lagipun, minat aku terhadap rancangan televisyen sudah semakin menurun dewasa ini. Tambahan pula rancangan televisyen di Malaysia ini kebanyakannya jenis yang bangang-bangang belaka. Termasuklah dengan warta beritanya sekali.

Kesempatan untuk aku menonton hanyalah ketika pulang ke KL di rumah mertua. Itupun, sekadar acuh tak acuh sahaja. Semasa menonton, aku dapati rancangan-rancangannya seolah-olah menghina tahap intelek aku. Tak pasti sama ada tahap intelek aku meningkat atau tahap intelek orang kerja televisyen semakin menurun.

Tinggalkan komentar