Sepanjang enam jam Facebook, Instagram dan WhatsApp tidak dapat diakses telah memberi kesan terhadap jutaan penggunanya di seluruh dunia. Dalam pada masa yang sama, ada pihak yang meraih keuntungan seperti yang dialami oleh Telegram.
Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov memaklumkan pihaknya meraikan kehadiran 70 juta pengguna baharu ke platformnya dalam masa sehari.
Menurut beliau:
“I am proud of how our team handled the unprecedent growth because Telegram continued to work flawlessly for the vast majority of our users. That said, some users in the Americas may have experienced slower speed than usual as millions of users from these continents rushed to sign up for Telegram at the same time.”
WhatsApp merupakan platform permesejan yang amat popular bagi kebanyakan pengguna telefon pintar di Malaysia. Pun begitu, setiap kali perkhidmatan ini terganggu, orang ramai mula berpindah ke Telegram.
Majoriti pengguna Telegram menggemari platform ini kerana ia mempunyai keunikan yang tidak terdapat pada WhatsApp. Fungsi-fungsi ini selalunya lambat diperkenalkan di WhatsApp dan adakalanya langsung tidak dapat disediakan.
Sama ada perpindahan ke Telegram ini kekal atau untuk sementara waktu, ia bergantung pada bagaimana WhatsApp menguruskan keperluan penggunanya di masa hadapan.













