Tali Pinggang
Seluar slack berpinggang saiz 32 ini agak londeh jika tidak dikenakan dengan aksesori tali pinggang. Pagi tadi, sebelum keluar bekerja, dengan tidak semena-mena tali pinggang aku putus akibat direntap oleh tangan aku secara tidak sengaja.
Walaupun berjenama, tali pinggang yang berusia lebih dari dua tahun ini sudah mereput kerana aku memakainya hampir setiap hari. Ini sahajalah tali pinggang yang aku ada semenjak aku membelinya di Jusco Taman Maluri.
Seluar yang aku pakai ini sengaja diambil saiz yang besar sedikit dari saiz pinggang aku atas sebab tiga tahun lepas, aku menjangkakan diameter perut aku akan membesar. Tiga tahun sudah berlalu, perut aku masih lagi kempis. Bukan sebab aku menjaga pemakanan. Ini adalah aku aku menjaga bajet aku sendiri hingga makan sendiri pun dihadkan.
Petang ini, pulang dari kerja aku akan singgah di kedai RM2 untuk membeli tali pinggang budak sekolah. Kira orait la tu aku pakai tali pinggang budak sekolah. Takkanlah aku nak pakai tali pinggang hitam taekwondo empat dan pulak kan.

43 KOMEN

  1. Kakak faham sangat org lelaki kalau boleh utk diri sendiri selalu cari asal boleh. Cuba pergi dgn isteri mesti tak bagi beli talipinggang budak sekolah. Lainlah kalau tak berduit…

    Salute pandai jaga penampilan tak buncit hihi…. abang dah macam org mengandung 5 bulan tau saiz perutnya walau malam dah tak makan still maintain – maintain buncit!! hahaha….

  2. Kalau wife aku, idak ler nak suh aku pakai talipinggang kedai RM2.. Sedangkan itu yang kita rasa selesa. Tapi bagi dia penampilan suami paling penting.. Hahaha. Tukar la bro ngan tali pinggang pasar malam. Standard sket.. Heha

  3. memang agak tertekan kalau barang yg selalu digunakan seharian tiba2 rosak. saya pernah terentap spek sendiri sampai patah. alamatnya pakailah spek patah selama lebih kurang sebulan jgk. hehe..

Tinggalkan komentar