Pada kebiasaannya, ejen insurans akan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk menarik hati pelanggan masing-masing untuk menyertai produk insurans yang mereka promosikan. Belanja makan kepada bakal pelanggan sudah menjadi perkara lazim.
Baru-baru ni akibat ikut member keluar pergi makan secara membabi buta tanpa usul periksa, aku secara tidak sengaja telah dibelanja makan oleh ejen Takaful. Maaf, aku tidak menyangka sama sekali yang kawan kepada kawan aku itu adalah ejen Takaful yang sedang dalam usaha memujuk kawan aku membuat Takaful.
Akibatnya tempo pujukan ejen Takaful terhadap kawanku itu agak terganggu. Aku secara terus-terusan tidak mahu mengikut kawanku itu untuk membuat Takaful tanpa memberikan alasan yang munasabah tidak menyertainya. Sebaliknya konsentrasi aku hanya ditumpukan terhadap Mee Bandung Muar yang aku pulun habis-habisan. Perangai aku memang macam tu. Aku akan suka sesuatu tanpa sebab dan akan benci terhadap sesuatu juga tanpa sebab. Mungkin aku gemar bersikap memberontak tanpa sebab.
Harap-harap kawan aku itu tidak mengubah pendiriannya untuk mendaftar Takaful.













tapi kalau dah mampu ambil la.. elok tue…