Sakit hati aku bila mendengar seruan supaya rakyat berpendapatan rendah seperti aku perlu berusaha dengan lebih keras untuk menambah pendapatan instead merungut tentang kenaikan harga barang.
Nak suruh aku rajin cara mana lagi yang perlu aku buat?
Overtime?
Kerja masuk 7.30 pagi lajak sampai 7.30 petang tu apa cerita. Lagi pula Sabtu dan Ahad pun kerap jugak aku datang buat kerja kat ofis.
Kerja sampingan di waktu malam?
Balik kerja hakiki pun asyik lambat. Mana sempat nak kejar shift kerja part-time fast food.
Kitar barangan semula?
Ok, yang ni memang aku buat. Tapi tak boleh nak stack banyak-banyak la kan. Mengamuk family mertua aku kang kalau kotak-kotak dan tin-tin yang aku kutip tu menimbun aku kumpul letak kat tepi rumah.
So, celah mana lagi nak suruh rakyat kerja lebih rajin? Rasanya, yang lagi teruk buat dari aku ni yang kerja sampai tak cukup tidur pun ramai lagi ni.
Nak meniaga? Modal pun takda, masa pun takda.
Cakap senang la. Boleh buat loan MARA lah, TEKUN lah, apa semua bagai. Kalau kau tak pernah rasa hidup makan gaji cukup-cukup makan tiap-tiap bulan, baru tau kau langit tinggi rendah.
Mintak family dekat-dekat untuk support aku sementara nak niaga pun belum tentu aku dapat. Bukan diorang tak nak bagi, masalahnya diorang sendiri pun cukup-cukup untuk survive sendiri. Kadang tu, aku pulak yang jadi dahan tempat family-family aku berpaut. Itupun dah nak reput dah ‘dahannya’ ni.
Sekali lagi kalau aku jumpa budak bawah aku cakap suruh aku kerja lebih rajin lagi sambil tangan belek-belek Facebook kat iPhone 5s yang mak ayah beri, tak cakap banyak dah. Aku tumbuk je gigi dia. Tangan aku ni tak main gym, tapi kalau dah hari-hari angkat karung guni besi buruk ni, rasanya kalau kena kat muka memang boleh tahan buruk juga jadinya nanti.















Memang perit…huhu
Sepatutnya, pemimpin atas kena faham dan mengerti denyut nadi rakyat…cuba ada gaji sekitar rm2000..dan cuba hidup sebulan..
apapun, hidup ttp kena lebih cekal…moga2 2014 lebih baik utk kita..ameen
KERJALAH SETAKAT KEUPAYAAN YANG ADA…JGN MEMAKSA DIRI…SAYANGI DIRI SENDIRI..AMALKAN AYAT2 PEMURAH REZEKI…BERISTIGFAR SELALU…IN SYA ALLAH ADA JLN PENYELESAIAN YANG ALLAH TUNJUK….
Memang perit kehidupan sekarang ni,semua brg naik harga,bukan tak usaha,dpt duit lebihpun mcm sama je sbb keperluan semua dh naik…org yg tak pernah hidup susah memang ckp mcm tu..
Nak jual suratkhabar lama?sekilo br 20sen kat tmpt sy ni,sy x bli paper utk berjimat cermat,bc berita kt online je itupun sy rs lebih baik x bc berita or tgk di tv sbb semua cerita menyakitkan hati…hehehehe….
P/s kelisa tu br tukar tayar,terlebih angin…itu puncanya…terimaksaih,selamat thn baru 2014
20sen kira okay lagi. Tempat saya 10sen! Apa dapat angkut kertas besar² pi sana. Tak cover langsung duit minyak dengan penat. Alhamdulillah la pergi sebab ada rasa kesian pada bumi ni. Nak jugak pi recycle kertas kotak yang melambak ni.
Tahun 2014 tahun yang saya akan kerja kan blog sampai lebam..hehe..insyaAllah..
Tu la yang berlaku di Negara yang tercinta ini. Kalau kenaikan kos hidup ni selaras dengan kenaikkan gaji ok jugak. Apa yang boleh kita buat hanya berdoa semoga ada sinar harapan untuk penduduk Malaysia hidup aman dan damai. Aminn
kita semua sama rakyat marhaen… dan kadang kadang bila mendengar penjelasan orang yang jelas ada duit dan mewah memang sakit hati. life sometimes unfair but life goes on. Hanya kita boleh berdioa agar tidak selamanya ditindas . amin.
Rezeki itu datangnya daripada Allah,maka disamping usaha perbanyakanlah doa…InsyaAllah..
Ermm… Tak tau nak kata apa dah…
Untuk orang yang tak pernah rasa susah dan tak pernah nampak kesusahan orang lain mungkin nampak ini isu enteng sahaja…
‘mereka’ yang bercakap tu tak faham keadaan kita.. sekarang ni serba serbi guna duit.. duduk di rumah pun pakai duit juga, kalau keluar rumah lagi la bertambah banyak duit yang keluar.. mengalir macam air je.. mana taknya, kena isi minyak kereta dan bayar tol.. harga barang dan perkhidmatan semakin bertambah naik, gaji tak banyak yang naik pun.. cuba ‘mereka’ yang bercakap tu berada di situasi kita, baru tahu langit ni tinggi ke rendah.. komen dengan penuh emosi ni..
menarik pula tengok gambar tu..
Masa setiap kali diumumkan kenaikan itu kenaikan ini, aku tak rasa apa2 pon. Sebab aku rasa mcm aku maish mampu. Tapi itu cuma aku je rasa yang aku mampu. Aku mula rasa sempit bila tiap2 bulan, gaji aku habis cepat. Padahal aku tengok mcm takde benda yang best2 pun aku beli. Maka, baru la aku sedar yg sebenarnya aku ‘macam’ mampu je tapi tak mampu. Haiyooo…
Sekali aku terfikir la.. Kalau nak kata beban tu terlalu banyak, aku cukup bersyukur kalau dengan duit yang ada Allah cukupkan segala-galanya. Tak bekerja bersengkang mata pun cukup. Tapi semua tu kehendak Allah. Sabar dan doa mohon dicukupkan apa yang ada. Itu mungkin dapat mengelakkan kita dari stress memikirkan kerja dan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita. Takkanlah Allah nak membiarkan hambaNya yang baik dan bersyukur kebuluran.
Buat loan membuatkin kita lagi keras lah.. mmg betul spt apa yg diperkatakan tu. Skrng seolah2 dah tak de lagi kemesraan terhadap rakyat dah. Segalanya naik secara drastik..
Sama2lah kita semua teruskan berdoa agar dipermudahkan segala rezeki & diberi jalan keluar yg terbaik, in shaa Allah…
agaknya dorg nak suh kita keja 24/7 utk kita sara kos2 hidup yg dorg naikkan tu kot..jd senang la dorg nk dpt duit rakyat lebih..niesa pun sakit hati..dengan kos hidup yg kt tempat niesa pun ni mmg sgt2 tinggi..
semoga Allah mengurniakan seseorang utk menyelamatkan keadaan ini… v.v
kalau nak ikutkan hati, memang sy geram betul ..hmmm, apalah nasib kita akan dtg..semoga kenaikan tu akan turun tahun hadapan..cuma mampu bdoa jer la kta 🙁
entahlah bro..kadang byak yang tulis..kata x terasa dgn bahang kenaikan kos hidup di malaysia..mcm tak pijak di bumi yang nyata.. mybe parents kaya harta 7 keturrunan x abih makan.. ye la klau tulis panjang ckap merungutlah lah x nak berushalah..itulah inilah.. tapi inilah apa yg kita rasa dan tanggung..it realiti..saya yg baru grad blajar..dapat gaji pun mcm spm.. yg bayar ini nak bayar loan itu..aduhai sedih..tapi kuatkan smanagt juga nak truskan hidup.. memng kenaikan harga,,tarif..segala yg naik akan membebankan rakyat yg makan gaji..syukurlah malaysia masih aman damai..dan tiada penduduk yg membuat aduan atas kenaikan harga barang..syukurlah rakyat malaysia.. semuanya pemurah..amin.. semoga tahun 2014 akan memberi sinar kpada kita smua….
org atas sana senang bercakap. bukan kerja sampingan la buat bisness online la. dia tak rasa pa yg kita rasa. dia bersenang lenang tapi kita sebagai rakyat yg perit menderita
SAYA BERCADANG NAK PASANG LAMPU LED DI RUMAH DALAM USAHA NAK JUMATKAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK.. MEMULA, KOS MEMANG MAHAL, TETAPI LAMPU LED NI MEMANG MENJIMATKAN.. BUAT MASA NI TU SAJA YANG TERFIKIR DALAM DIRI SAYA.. WALLAHUAKLAM..
Tapi kadar terang pencahayaan nya okay tak?
ermmm sekarang ni memang semuanyer benda naik…cuma gaji jer yang tak naik2 huhu
Salam blogging .. Tu lah … memang perit .. semua serentak naikk .. mana semua rakyat tak mengamuk .. kos hidup makin tinggi .. gaji still mcm tu jugak .. hidup mesti di teruskan ..
Siapa kata MARA dengan Tekun senang nak pinjam? MARA laa ni pun tak cukup modal tau nak pusingkan balik bagi pinjaman baru sebab bayaran dari peminjam yang sedia ada tak cantik. Ramai yang tak dapat nak bayar sebab atas alasan ekonomi perniagaan memasing tak stabil.
At least MARA bulan ke 3 baru mula bayar. Tekun? Bulan pertama tu dah terus bayar dah. Tak de tunggu² lagi. Dan pinjaman sekarang pun dah ketat. Nak penjamin. Syarat penjamin pulak kerja kerajaan gaji RM4K ++.
aku rasa kalo gitu, tiap2 tahun sama je bunyi nyer. “rakyat kena bekerja lebih keras lagi”.