Semasa kekalutan dan hiruk pikuk mengenai Perhimpunan Baju Kuning Vs Baju Merah minggu sudah belum setel di dalam media mainstream, isteri gua telah selamat melahirkan anak sulung kami pada 11 Julai yang lalu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Service yang kami terima dari Hospital Ampang juga tidak mengecewakan walaupun ianya hospital kerajaan.

Semoga budaya kerja cemerlang ini berterusan di masa akan datang dan jangan sesekali jadi macam sesetengah hospital-hospital kerajaan lain yang mempunyai staf-staf yang garangnya kurang sikit daripada singa betina.

2 KOMEN

Tinggalkan komentar