Pusat Membeli-Belah Super Kinta adalah nama yang tidak asing lagi buat warga Ipoh. Pada kebiasaannya, ia lebih dikenali sebagai Super Kinta atau 近打. Pusat membeli-belah ini adalah sebahagian daripada kumpulan perniagaan peruncitan George Town Holdings dari Pulau Pinang yang juga menguruskan Super Komtar.
Tak silap aku, Super Kinta ni start niaga tahun 1983 dulu di tingkat 2 dan tingkat 3 Pasar Besar Ipoh yang reka bentuk bangunannya berbentuk huruf O-petak. Ruang dalaman pusat membeli-belah ini, pada zamannya adalah antara yang terbesar kerana ia menggabungkan sekali ruang tingkat 2 dan tingkat 3 di dalam Pasar Besar. Tiada pusat membeli belah yang paling awesome di Ipoh melainkan Super Kinta pada zaman kegemilangannya.
Awesomeness Super Kinta berterusan tanpa pencabar di Ipoh selama hampir dua dekad. Menjelang penghujung dekad 90’an, perlahan-lahan daya penarik Super Kinta mula merosot. Kemunculan kompleks membeli-belah yang lebih moden seperti Ipoh Parade (Parkson) dan Kinta City (Jusco) telah menghayutkan Super Kinta dari ingatan warga Ipoh untuk berkunjung. Sebelum riwayatnya tamat pada tahun 2004 dahulu, Super Kinta cuba melakukan pengubahsuaian besar-besaran reka bentuk dalamannya untuk cuba terus bersaing dan kekal relevan. Namun, apakan daya Super Kinta yang sangat 80’an ini untuk bersaing dengan kompleks membeli-belah lebih moden yang lengkap dengan pawagam, tempat main boling, medan selera dan lain-lain.
Setelah sekian lama tidak berkunjung ke pekan Ipoh, baru-baru ni aku diberitahu rakan sekampung melalui Facebook bahawa Super Kinta sudah berubah wajah. Ia kini membawa agenda transformasi negara. Super Kinta yang dahulu bukanlah yang sekarang. Ia kini menjadi Pusat Tranformasi Bandar (Urban Transformation Centre, UTC)
–Sumber imej diperoleh daripada Ipoh Happenings
















Dah transform jadi UTC ye? Jadi tumpuan orang ramai balik la ye…
eh, tukar layout. entah kenapa aku lebih suka yang lama.
nge he he he. thanks!
Dah tukar balik. Hehe. Ni nuffnang punya pasal la. Ads dia tak keluar. Aku ingatkan coding aku problem. Rupanya, takda apa-apa pun. Heheh
Kalau dah bertukar jadi UTC confirm ramai balik lepas ni.
wahh… mengimbau kenangan super kinta nih. dlu time nak sambut hari raya, mmg mak bapak aku bawak gi super kinta je shopping baju. dah lama x lawat ipoh. rindu lak rasa.
oo..bru tau ni..xprnh g lg kat sini..
dah lama tak singgah di ipoh.. penjenamaan semula menjadi UTC pastinya akan menjadi tumpuan seperti dulu.. semua wakil agensi kerajaan ada dalam UTC tu kan?
Biasala kadang diorang berikan nafas baru..
Takpe sure ramai orang gak pasni 😀
wahh dah tukar 🙂 moga membawa kebaikan atas perubahan ini .. hope so
wah..dah tukar theme kah. nampak lawa maa..
fuyoo..memang jauh beza lepas berubah..design sama macam pudu sentral plak..maybe sbb dorang carries name “UTC” kot..
Regards,
-Strider-
Dah lama x menjejakkan kaki ke sana.. pasti mmg bnyk yg dah berubah..
kasi tukar….UTC …kat melaka pun ada UTC…senang banyak kemudahan…..
hari tu pi ipoh ader juga lalu kat sini..
Tak tau perkembananpun walau duduk tak jau dr ipoh…hehee…bila pegi sana akal dok fikir lost world of tambun je….
kiranya dh buat penjenamaan baru la ni
Bandar Kinta pun semakin berkembang sekarang ni, adalah sekali sekala lalu di sana
dulu masa sekolah dulu rajin juga pergi ke super kinta beli jambu buat jual dekat asrama