Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan beberapa program subsidi pengangkutan awam utama akan diteruskan pada tahun 2026. Inisiatif yang akan diteruskan ini merangkumi pas bulanan My50, program FLYsiswa, dan polisi had harga tiket penerbangan pada musim perayaan.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2026, Loke memberi jaminan bahawa inisiatif-inisiatif ini akan terus menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan.

Penerusan program-program ini dilihat sebagai langkah penting kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Disamping itu, ia juga dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Antara inisiatif yang disahkan akan diteruskan ialah:

Pas Bulanan My50: Menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua perkhidmatan LRT, MRT, dan bas kendalian RapidKL di Lembah Klang. Inisiatif ini telah berjaya membantu mengurangkan kos perjalanan harian dan meningkatkan jumlah penumpang pengangkutan awam.

FLYsiswa: Menyediakan baucar penerbangan kepada pelajar universiti awam yang layak untuk perjalanan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah atau Sarawak. Program ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar untuk pulang ke kampung halaman.

Had Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan: Polisi kerajaan yang menetapkan harga maksimum bagi tiket penerbangan kelas ekonomi sehala antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur semasa musim perayaan utama.

Kerajaan terus komited dalam memastikan akses pengangkutan yang lebih mampu milik untuk rakyat. Pengguna pengangkutan awam harian dan pelajar merupakan sebahagian daripada golongan sasar yang menerima manfaat ini

Tinggalkan komentar