Pakej Unifi Lite akan diperkenalkan kepada semua pelanggan-pelanggan Streamyx sedia ada bermula 1 September ini. Akses jalur lebar berkelajuan sehingga 8Mbps ini akan dinaik taraf secara automatik.
Menurut pengumuman yang dibuat oleh TM hari ini, para pelanggan Streamyx hanya perlu membayar RM69 sebulan sahaja. Penurunan yang agak mendadak jika dibandingkan dengan pakej-pakej yang terdahulu.
Bagaimanapun, untuk pelanggan yang melanggan pakej pada harga kurang dari RM69, TM mengekalkan kadar bayaran yang sama seperti yang dibayar oleh pelanggan berkenaan sebelum ini.
Perubahan pada bil akan mula berkuat kuasa selepas tarikh 1 September ini dan berdasarkan pengumuman ini, seluruh pelan-pelan internet Streamyx dijenamakan semula kepada Unifi Lite sahaja.
Walaubagaimanapun, untuk pengguna-pengguna baru yang mendaftar pakej Unifi Lite, kadar bulanan yang dikenakan adalah RM89 sebulan.
Sumber berita diperoleh dari The Star













