Sebuah imej yang membayangkan TM bakal menjenamakan semula Streamyx di bawah UniFi telah muncul di Twitter. Setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan imej berkenaan dan menurut sumber, imej berkenaan diperoleh dari ‘orang dalam’.

Sungguhpun langkah ini dilihat agak janggal memandangkan perbezaan teknologi yang digunakan oleh kedua-dua perkhidmatan ini – Streamyx dan UniFi ini adalah ketara. Namun, meletakkan kedua-dua perkhidmatan ini dibawah satu bumbung mampu meningkatkan fokus pemasaran perkhidmatan rangkaian dari TM ini.

Sebelum ini, TM telah mengambil langkah yang hampir sama melalui perkhidmatan Webe pada dua bulan lalu. Tambahan pula, TM telah mengalihkan segala maklumat berkaitan produk-produk pasaran massanya dari laman web rasminya ke laman rasmi khusus untuk UniFi yang terbaru.

Pada masa yang sama, saya sebagai pengguna tak ambil port sangat pun tentang Streamyx ni nak guna nama apa sekalipun. Asalkan perkhidmatan yang ditawarkan adalah di dalam lingkungan harga mampu milik yang tidak membebankan pengguna serta berbaloi. Atau setidaknya mampu menyaingi apa yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia rangkaian internet mudah alih lain yang kini sedang berlumba-lumba menawarkan pelan data yang lebih mesra bajet.

Sumber diperoleh dari Twitter ABEBOB

Tinggalkan komentar