LONDON, 9 Mac 2023 /PRNewswire/ — Starlizard Integrity Services (SIS) hari ini mengumumkan pelancaran Komodo, sebuah sistem amaran integriti dalam talian yang inovatif yang ditawarkan secara percuma untuk digunakan oleh badan pentadbiran sukan dan agensi penguatkuasaan di seluruh dunia dalam perjuangan berterusan menentang manipulasi perlawanan sukan.

 

Komodo memberi amaran tentang perlawanan yang mencurigakan kepada organisasi berkaitan serta turut menyediakan analisis aktiviti pasaran pertaruhan dan prestasi di atas padang jika berkenaan. Laporan terperinci yang dihasilkan oleh Komodo ini direka bukan sahaja untuk membantu penyiasatan antipengaturan perlawanan, tetapi juga dalam kes-kes tertentu untuk memberikan nilai bukti dalam prosiding undang-undang – di mana bukti SIS telah disahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebagai kaedah yang sesuai dalam memerangi pengaturan perlawanan.

Starlizard telah menyediakan maklumat kepada badan pentadbiran sukan tentang perlawanan mencurigakan secara percuma sejak tahun 2010, manakala melalui SIS sejak tahun 2017.  Komodo meneruskan komitmen ini dengan memperluas perkhidmatan SIS secara percuma untuk membolehkan organisasi penguatkuasa undang-undang dan sukan mendapat akses kepada penemuan analitikal yang lebih terperinci, penilaian pakar dan risikan tentang perlawanan yang mencurigakan.

Pada peringkat awal, Komodo akan meliputi sukan bola sepak dan akan disusuli dengan kriket dan sukan-sukan lain tidak lama lagi. Pengguna bukan sahaja akan menerima amaran operasi yang tepat pada masanya apabila permainan diberikan bendera merah integriti, malah akan turut mendapat manfaat daripada platform interaktif yang mengenal pasti serta menunjukkan trend dan corak dalam sukan dan bidang kuasa masing-masing.

Steve Edery, Ketua Pegawai Eksekutif Starlizard berkata: “Starlizard komited untuk menyokong agensi penguatkuasaan dan badan pentadbiran sukan di seluruh dunia dalam usaha mereka memerangi pengaturan perlawanan. Setelah menyediakan perkhidmatan integriti dalam bidang sukan sejak tahun 2010, kami menubuhkan Starlizard Integrity Services pada tahun 2017 sebagai bahagian khusus syarikat ini yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkara-perkara berkaitan integriti serta bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan integriti sukan untuk memberikan mereka maklumat berharga dan risikan tentang tingkah laku dan aktiviti pasaran. Komodo menjadi sumbangan terkini kami terhadap kerjasama global ini yang menentang rasuah dalam bidang sukan.”

Affy Sheikh, Ketua Starlizard Integrity Services berkata: “Kami percaya bahawa kejayaan usaha antipengaturan perlawanan pada masa hadapan bergantung pada maklumat yang lebih banyak dan lebih baik yang disediakan secara percuma oleh pakar sebenar dalam bidang ini kepada para pegawai integriti dan penyiasat. Komodo ialah alat inovatif yang melakukan perkara tersebut. Ia merupakan hasil daripada pelaburan besar dari segi masa dan kos pembangunan daripada pihak Starlizard dan kami gembira dapat menawarkannya secara percuma kepada badan sukan dan agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia.”

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang Komodo, sila hubungi komodo@starlizard.com.

Tentang Starlizard Integrity Services: 

Starlizard Integrity Services (SIS) ialah bahagian pakar integriti Starlizard yang merupakan syarikat perunding pertaruhan sukan yang berpangkalan di London. Pemahaman terperinci Starlizard tentang prestasi sukan dan permainan serta penglibatan aktifnya dalam pasaran pertaruhan memberikan perspektif yang unik, membolehkan syarikatnya memahami dengan lebih baik berbanding organisasi lain di dunia sekiranya terdapat sebarang unsur yang mencurigakan dalam pasaran pertaruhan dan pertandingan sukan. Starlizard telah memberikan perkhidmatan integriti secara bebas untuk badan dan persatuan pentadbir sukan sejak tahun 2010, dan menubuhkan SIS pada tahun 2017 sebagai satu sumber khusus yang memberi sepenuh tumpuan kepada tugas ini. Dengan menggabungkan pemahaman yang mendalam tentang tatalaku pasaran pertaruhan yang seharusnya diamalkan dengan analisis dan penyelidikan data prestasi atas padang yang terperinci, SIS berada pada kedudukan yang ideal untuk mengenal pasti perlawanan dan corak pertaruhan yang mencurigakan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.starlizardintegrity.com.

Hubungan Media: 
Starlizard Integrity Services
+44 (0) 20 3014 9800
integrity@starlizard.com

Video – https://www.youtube.com/watch?v=DSq3b1lCbmE
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2017511/Komodo_application.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1770598/Starlizard_Integrity_Services_Logo.jpg

Starlizard Integrity Services menyokong perjuangan global menentang pengaturan perlawanan dengan menawarkan perkhidmatan data baharu yang inovatif secara percuma kepada badan pentadbiran sukan

 

Starlizard Integrity Services Logo

 

Tinggalkan komentar