Kuala Lumpur, 23 Ogos 2022 – Samsung Malaysia melancarkan pertandingan Samsung Solve for Tomorrow yang menggalakkan pelajar Tingkatan 1 & 2 di Malaysia untuk mencadangkan cara kreatif dalam menyelesaikan isu-isu penting berkenaan negara melalui STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Sehingga 23 September 2022, pelajar-pelajar sekolah menengah kebangsaan dari seluruh negara boleh menyertai pertandingan ini dengan melengkapkan tiga soalan di borang penyertaan di mana mereka perlu menyatakan isu yang ada dalam kalangan komuniti merekaserta perancangan untuk menginspirasikan perubahan tersebut. Kemuncak pertandingan ini bakal berlangsung di Pembentangan Akhir & Majlis Pemberian Hadiah pada bulan Disember. 

Tema pertandingan Solve for Tomorrow tahun ini ialah ‘CHANGEMAKERS’. Mereka yang terpilih akan ditugaskan untuk mencetus minat dan semangat menerusi STEM dengan memberi fokus kepada tiga tema yang dipilih untuk diketengahkan tahun ini. 

Pertandingan Solve for Tomorrow telah dianjurkan dengan kerjasama Pusat STEM Universiti Malaya sejak tahun 2020. Tahun ini, pertandingan ini akan sekali lagi bekerjasama dengan universiti tersebut dengan kehadiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) demi membawa pengalaman yang tidak ternilai berakar dari ekosistem STEM Malaysia dan Polisi Pendidikan Kebangsaan. 

Pendidikan & Pembelajaran, Kelestarian & Alam Sekitar dan Kesihatan & Penjagaan Diri

Bagi menyokong pertandingan ini secara menyeluruh, pusat tersebut akan membantu para peserta mengembangkan idea di sekeliling tiga isu sosial – ‘Pendidikan & Pembelajaran’, ‘Kelestarian & Alam Sekitar’ dan ‘Kesihatan & Penjagaan Diri; menjadikannya penyelesaian yang bakal membanti komuniti tempatan, dan juga menyokong agenda negara. Samsung Solve For Tomorrow Dato Roh Jae Yeol

“Pertandingan Solve for Tomorrow diasaskan secara global lebih sedekad yang lepas sebagai program alam semula jadi. Ia telah berkembang dengan positif saat kami melihat perkembangan inovasi yang berterusan. Di Malaysia, kami ingin menyediakan platform bagi generasi muda untuk mengenalpasti dan membincangkan bagaimana cara untuk menggalakkan perubahan yang bermakna melalui STEM. Sepanjang dua tahun yang lalu, kami telah melihat idea hebat lahir daripada minda anak muda Malaysia, dan kami teruja untuk melihat lebih banyak lagi idea yang bakal mencetus impak berpanjangan bagi masyarakat,” kata Dato’ Roh Jae Yeol, Pengarah Hubungan Korporat, Samsung Malaysia Electronics.Samsung Solve for Tomorrow Ir Dr Mas Sahidayana Mohktar

Ir. Dr Mas Sahidayana Mohktar, Ketua Pusat STEM Universiti Malaya berkongsi, “Kerjasama ini membina semangat Pusat STEM Universiti Malaya dalam memperkasakan bakat masa depan melalui kemahiran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang selaras dengan misi institusi dalam membentuk pemimpin di masa hadapan. Inisiatif ini membenarkan para pelajar untuk saling bertukar ilmu dan menguji daya inovasi mereka di bawah panduan pakar teknologi dan pendidikan. Kerjasama dengan Samsung Malaysia sejak 2020 telah menjadi titik keazaman kami untuk terus menyediakan akses kepada teknologi digital dan kemahiran bagi golongan belia.”

Pertandingan Solve for Tomorrow 2022

Solve for Tomorrow 2022 dibuka untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari sekolah menengah di seluruh negara. Tiga individu sepasukan, perlu menghantar borang penyertaan yang lengkap dan bagaimana STEM boleh menyelesaikan isu dari tiga tema utama iaitu: ‘Pendidikan & Pembelajaran’, ‘Kelestarian & Alam Sekitar’ dan ‘Kesihatan & Penjagaan Diri’. 

Penyertaan akan dinilai oleh Samsung Malaysia dan Universiti Malaya berdasarkan pemilihan kriteria termasuk isu yang berkaitan, kreativiti, kebolehlaksanaan idea, penerapan STEM dan pembentangan penyelesaian inovatif. 

Idea yang disenarai pendek akan diumumkan di laman web Solve for Tomorrow Samsung September ini. Peserta terpilih akan disokong untuk memperhalusi dan membina prototaip bagi idea mereka manakala pemenang akan diumumkan pada Disember 2022 diikuti proses pemilihan yang sengit. Pasukan yang menang akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM30,000, RM25,000 untuk tempat kedua, RM20,000 untuk tempat ketiga dan 2 hadiah saguhati bernilai RM6,600 setiap satu. 

Pertandingan tahun ini bakal menampilkan pemimpin-pemimpin seperti Norhailmi Abdul Mutalib (Pakar Subjek Sains Sekolah Menengah), Cheryl Ann Fernando, (Ketua Pegawai Eksekutif di PEMIMPIN GSL), Vinesh Sinha (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas FatHopes Energy) dan Rocyie Wong (Pakar Pemakanan Holistik Bertauliah) yang telah memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran dan keterujaan bersama STEM di Malaysia. 

Solve for Tomorrow kini dibuka untuk pendaftaran sehingga 22 September 2022 dan para peserta perlu menghantar penyertaan mereka sebelum atau pada 23 September 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai Solve for Tomorrow, sila layari www.samsung.com/my/solvefortomorrow/ atau daftar di sini untuk menjadi sebahagian barisan CHANGEMAKERS hari ini. 

Soalan-soalan lazim Samsung Solve for Tomorrow 2022

Tentang Solve for Tomorrow 2022

  • Solve for Tomorrow Samsung merupakan program pendidikan global yang direka untuk meningkatkan minat dan kecekapan golongan belia dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan menggalakkan mereka untuk menerapkan STEM dalam menghasilkan pendekatan kreatif bagi menyelesaikan cabaran dan menangani risiko yang dilalui oleh komuniti setempat mereka. 
  • Ia merupakan pertandingan unik yang memupuk belia dengan kemahiran insani – menyokong komunikasi, pemikiran kritikal, melahirkan penyelesaian dan kerja berpasukan untuk meneroka dan membentuk idea inovasi demi menyelesaikan cabaran komuniti setempat.
  • Solve for Tomorrow Samsung 2022 bakal berlangsung buat kali ke empat, dengan menumpukan kalangan pelajar sekolah menengah rendah di Malaysia. 

Apakah visi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Samsung? 

  • Visi CSR Samsung adalah “Together for Tomorrow! Enabling People,” kami ingin memperkasakan generasi masa depan untuk mencapai potensi penuh mereka melalui pendidikan. Kami berazam untuk menyediakan generasi seterusnya untuk bersinar di masa depan yang menempuhi arus teknologi. Dengan pembangunan inovasi teknologi yang pantas, kemahiran untuk berfikir secara berbeza dan menyelesaikan masalah dengan pendekatan baharu adalah penting untuk mereka teruskan dan berjaya sebagai warga global. 
  • Selari dengan visi tersebut, Samsung Malaysia Electronics (SME) mensasarkan untuk memupuk belia menjadi CHANGEMAKERS masa depan. Kami bertekad dalam memastikan generasi seterusnya bersedia untuk bersinar di masa depan yang menempuhi arus teknologi. Kami menggalakkan pemikiran inovatif, penyelesaian masalah kreatif dan kerja berpasukan untuk meneroka dan membentuk idea inovasi untuk menyelesaikan cabaran komuniti setempat. 

Siapa yang layak untuk menyertai pertandingan ini? 

Selaras dengan sasaran Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan penyertaan pelajar masuk ke aliran Sains, pertandingan ini terbuka untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 merentasi sekolah menengah seluruh negara. 

Apakah peranan Universiti Malaya untuk pertandingan ini? 

  • Sebagai pusat yang menawarkan platform untuk aktiviti pendidikan STEM, Pusat STEM Universiti Malaya bakal menampilkan pakar STEM dan sumber untuk membantu memenuhi keperluan peserta masa pertandingan. 
  • Universiti Malaya akan  membimbing 10 pasukan finalis melalui bengkel dalam talian bertajuk ‘Designed to Win’. Bengkel tersebut mensasarkan untuk membantu meningkatkan idea dan cadangan penyelesaian peserta di Fasa 2 yang akan membawa mereka ke Fasa 3 dengan 5 pasukan finalis bersama idea mereka untuk menyelesaikan isu komuniti. 
  • Pusat STEM Universiti Malaya dan para profesor akan memberikan bimbingan dan penilaian atas penyertaan yang diserahkan oleh peserta. 

Adakah sebarang tambahan dalam program tahun ini berbanding tahun lepas? 

  • Sama seperti tahun lepas, staf Samsung Malaysia Electronics (SME), akan menyertai para mentor dari Pusat STEM Universiti Malaya dan menjadi sukarelawan untuk memberi bimbingan kepada pasukan di Fasa 2.
  • Mentor dari SME akan membimbing para pelajar ketika melakukan pembentangan dan kemahiran menjual idea. 

Apakah kriteria untuk penyertaan? 

  • Peserta mestilah pelajar sepenuh masa di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari mana-mana sekolah menengah seluruh negara. 
  • Setiap pasukan perlu diwakilil oleh tiga individu dari sekolah yang sama. 
  • Setiap sekolah boleh diwakili dengan lebih daripada satu pasukan. 
  • Idea yang dihantar perlu menerapkan kemahiran/pengetahuan STEM dan berkenaan dengan 3 tema – Pendidikan & Pembelajaran, Kelestarian & Alam Sekitar dan Kesihatan & Penjagaan Diri.

Bolehkah anda menjelaskan lebih lanjut tentang 3 tema tersebut – Pendidikan & Pembelajaran, Kelestarian & Alam Sekitar dan Kesihatan & Penjagaan Diri?

  • Aktiviti tanggungjawab korporat sosial Samsung dibentuk berdasarkan komitmen mereka pada Matlamat Pembangunan Kelestarian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). 
  • Tiga tema Solve for Tomorrow Samsung telah diinspirasikan oleh UNSDG 4- yang menegaskan keperluan Pendidikan Berkualiti dan UNSDG 12-15 yang memfokuskan keselamatan alam sekitar, pengawalan iklim dan, penghasilan dan  penggunaan yang bertanggungjawab. 
  • Tema Pendidikan & Pembelajaran, Kelestarian & Alam Sekitar dan Kesihatan & Kesejahteraan perlu memfokuskan: 
    • Pendidikan & Pembelajaran: Peserta perlu memcari penyelesaian inovatif yang boleh membantu belia dari komuniti kurang bernasib untuk mendapat akses peluang dan sumber pendidikan yang menyediakan mereka menempuh masa depan di samping mempromosikan literasi digital dan aksesnya. 
    • Kelestarian & Alam Sekitar: Kelestarian kekal sebagai cabaran utama pada hari ini – merentasi kenaikan suhu, pelepasan karbon hinggalah pencemaran plastik. Para pelajar perlu mencetuskan idea berani untuk menangani isu berkenaan alam sekitar demi membina masa depan yang berlestari.  
  • Kesihatan & Kesejahteraan: COVID-19 telah menjadikan isu kesihatan sebagai keutamaan, termasuklah kepentingan penjagaan kesihatan mental. Dengan inovasi teknologi, para pelajar perlu menghasilkan penyelesaian kreatif yang boleh membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental diri dalam komuniti tempatan.

Apakah yang perlu peserta dijangkakan berlaku untuk pertandingan ini?

  • Mengenalpasti isu yang dihadapi oleh komuniti dan menghasilkan penyelesaian kreatif berdasarkan pengetahuan STEM mereka. 

Bolehkah anda menjelaskan lebih lanjut tentang pertandingan ini? 

  • Pertandingan bakal bermula pada 23 Ogos 2022 dan akan berakhir pada Disember 2022 menerusi pengumuman para pemenang
  • Setiap pasukan perlu melengkapkan tiga soalan di dalam borang penyertaaan dengan menyatakan isu dalam komuniti mereka dan rancangan untuk memberi inspirasi kepada perubahan dunia nyata. 
  • Berikut adalah fasa pertandingan:  
    • Fasa Satu (23 Ogos – 23 September)
  • Peserta perlu mendaftarkan diri mereka di laman web pendaftaran Solve for Tomorrow Samsung: https://cdm-form.mysamsungcampaign.com/
  • Setiap pasukan perlu melengkapkan tiga soalan di dalam borang penyertaaan dengan menyatakan isu di setiap komuniti mereka dan rancangan untuk memberi inspirasi kepada perubahan dunia nyata. 
    • Fasa Dua (3 Oktober – 28 Oktober) 
      • 10 pasukan akan disenarai pendek
      • Mereka perlu memperhalusi idea dan menunjukkan bagaimana ia boleh dijalankan 
      • Pasukan perlu mengongsikan idea mereka melalui pembentangan PowerPoint
    • Fasa Tiga (7 November – 24 November)
      • Lima pasukan finalis akan diumumkan
      • Pasukan perlu mempertingkatkan pembentangan mereka – dengan pilihan untuk menghasilkan prototaip
      • Mereka perlu menghantar video pembentangan mereka dan fungsi prototaip tersebut 
    • Pembentangan Akhir dan Upacara Penyampaian Hadiah (3 Disember)
      • Pasukan perlu memberikan pembentangan kepada panel hakim. Tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga dan pemenang saguhati akan diumumkan semasa Pembentangan Akhir
  • Setiap penyertaan perlu diserahkan melalui laman web Solve for Tomorrow Samsung 
  • Pasukan yang disenarai pendek akan dihubungi melalui emel/telefon
  • Tiada caj penyertaan untuk pertandingan ini

Apakah hadiah-hadiah untuk para pemenang? 

  • Pemenang pertandingan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut: –
    • Hadiah Pertama 
      • Produk Samsung bernilai sehingga RM30,000
    • Hadiah Kedua
      • Produk Samsung bernilai sehingga RM25,000
    • Hadiah Ketiga 
      • Produk Samsung bernilai sehingga RM20,000
    • 2 Hadiah Saguhati 
      • Produk Samsung bernilai sehingga RM6,600

Bagaimanakah penyertaan akan dinilai? 

  • Penyertaan akan dinilai berdasarkan:
    • Mengenalpasti isu dan keberkaitan dalam menyatakan isu tersebut 
    • Kebolehlaksanaan dan penghuraian cadangan penyelesaian
    • Kreativiti dan inovasi dalam penyelesaian (unik & asli) 
    • Penerapan STEM untuk menyelesaikan masalah 
    • Kemahiran pembentangan pada majlis akhir 
  • Setiap kriteria diberi pemberat yang berbeza, bergantung pada keperluan setiap fasa 

Siapakah yang memilih bakal pemenang? 

  • Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh panel hakim yang diwakilkan oleh Samsung Malaysia Electronics dan Pusat STEM Universiti Malaya. 

Tinggalkan komentar