Utama Microsoft Skype secara rasminya ditamatkan Perkhidmatan Hari ini

Skype secara rasminya ditamatkan Perkhidmatan Hari ini

168
0

Skype secara rasminya telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini setelah 23 tahun ia diperkenalkan. Kunjungan ke laman web rasmi atau aplikasi platform telesidang tersebut kini memaparkan notis yang menggalakkan penggunanya beralih ke Microsoft Teams.

Untuk makluman anda, Skype dilancarkan pada 2003 dan telah bertukar pemilikan berkali-kali sebelum ia diambil alih oleh Microsoft pada 2011. Ia merupakan perintis panggilan suara dalam talian yang kemudiannya mempopularkan telesidang video, jauh lebih awal berbanding Zoom dan Google Meet yang sedang popular sekarang.

Penutupan ini telah pun diumumkan oleh Microsoft sejak setahun yang lalu dengan beberapa perkhidmatan di dalamnya ditutup secara berperingkat seperti isian semula kredit dan nombor telefon khas Skype. Pengguna juga diberikan tempoh masa 10 minggu untuk memindahkan data ke dalam Microsoft Teams.

Skype semakin kurang relevan beberapa tahun menjelang penutupannya ini apabila platform-platform yang lebih maju dan lebih ramai pengguna muncul. Malah tumpuan yang lebih terhadap Teams oleh Microsoft juga tidak banyak membantu.

Buat anda yang sudah lama berkecimpung di dunia dalam talian ini, penamatan Skype menandakan tamatnya salah satu era digital yang pernah mewarnai kehidupan kita satu ketika dahulu.

Tinggalkan komentar