Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung Kotak TV Android melalui akaun Twitter rasminya. Para pembekal dan penjual telah diberikan amaran supaya menyalah gunakan label persijilan yang diperoleh dari SIRIM dan SKMM.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan sekitar pagi tadi, label persijilan SIRIM dan SKMM yang digunakan pada sesetengah Kotak TV Android hanya untuk modul-modul Wi-Fi dan Bluetooth pada peranti berkenaan. Ia tidak sepatutnya disalahgunakan untuk menggalakkan penggunaan peranti tersebut untuk tujuan penstriman atau memuat turun kandungan cetak rompak.
Jika pengedar atau penjual didapati menyalahgunakan persijilan tersebut, SKMM akan mengambil tindakan tegas dengan menarik semula label pada produk berkenaan dan mengarahkan untuk memanggil semula seluruh kotak TV Android. SKMM juga dari Oktober 2018 hingga Januari 2020 telah mengeluarkan notis kompaun bernilai sebanyak RM67,000 untuk empat jenis kesalahan yang boleh membawa kepada denda sehingga RM194,000.
KENYATAAN MEDIA
MCMC TEGAS TANGANI ISU PENYALAHGUNAAN LABEL MCMC PADA KOTAK TV ANDROID#checkyourlabel#kotaktvandroid#MCMC#SIRIM pic.twitter.com/6r4ewpCTxI
— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) February 14, 2020
Di dalam kenyataan tersebut, SKMM turut mengingatkan pengguna bahawa membuat penstriman dan memuat turun kandungan cetak rompak melalui aplikasi tidak sah pada kotak TV Android adalah kesalahan jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman.
Sumber berita diperoleh dari Twitter SKMM













